Assalamualaikum...
Ini adalah backdated punya post...
Kejadiannya berlaku sekitar beberapa minggu yang lalu...
Aku ter 'come back' tanpa sengaja ke dunia sukan...
Lebih spesifik, bola sepak...
Setelah sekian lama dan hampir lupa rupa padang tu macam mana...
Hahaha...
Ringkasnya begini...
April yang lalu, Mostyn FC (Kelab Bola Sepak Mostyn) ada anjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Tampar Terbuka...
Tujuannya, dijadikan platform untuk SAFA Kunak cari bakat-bakat baru...
Aku secara tidak langsung terjadi setiausaha lantik sendiri...
Pihak Mostyn FC perlukan orang yang boleh buat kertas kerja seperti permintaan pihak ladang sebagai salah satu keperluan untuk menganjurkan pertandingan di ladang ini...
So, aku yang perasan rajin ni hulurkanlah kerajinan...
Alhamdulillah, pendek cerita kertas kerja diterima dan masa yang sama pihak pengurusan ladang pula mengamanahkan aku untuk tolong Mostyn FC sebab penganjuran ini merupakan salah satu CSR ladang dan secara tidak langsung melibatkan kerjaku jugalah...
Kesimpulannya, aku mainkan dua peranan serentak...
Bermula daripada awal perancangan, semasa penganjuran hinggalah hari post moterm...
Duduk di meja urusetia tidak seindah rupa...
Nampak MACAM senang, sebab duduk saja tapi Ya Allah...
Istighfar banyak kali tahan tension...
Sangat tension tapi addictive, fun!
Haaa... Macam mana mau explain perasaan tu?
Hahaha...
Semasa penganjuran, banyak kerja Ad-Hoc yang aku buat...
Tapi yang paling terasa bahangnya, tugas buat jadual perlawanan...
Dia punya bingung, stress dan sakit kepala tu Allah saja yang tahu...
Ada yang sudah cantik-cantik susun, team pula minta tunda minta awalkan...
Macam-macamlah...
Pendek kata, bukan senang untuk puaskan hati semua orang...
Tukang buat jadual ni mau banyak sabar dengan perangai pemain dan pengurus pasukan...
Tapi best, satu lagu skill aku dapat develop dan ini satu ilmu baru bagi aku...
Dapat juga kenal orang baru dan perbaiki communication skill sedia ada...
Apa-apapun, aku salute dengan team penganjur...
Semuanya profesional belaka...
Alhamdulillah, berkat sokongan semua pasukan, para penyokong dan izin daripada Allah, selesai juga penganjuran ni dengan jayanya...
Walaupun ada hiccup here and there, tapi aku boleh berpuas hati...
Terima kasih otai-otai Mostyn FC semua...
Bacaan doa perasmian...Muka-muka urusetia hardcore...Pida & Anca... |
Ucapan wakil SAFA Kunak, Uncle Zai (En. Rahim Resar) |
Bergambar bersama Perasmi, YB Datuk Haji Nilwan Bin Kabang serta rombongan |
Perlawanan sumbangsih, persahabatan perasmian Mostyn FC Veteran vs Eksekutif Sime Darby Kunak |
Volleyball Game |
YB Datuk dan rombongan |
Team YB Datuk main sekali, simbolik perasmian bola tampar katanya... |
YB Datuk serve bola |
Perlawanan 1 Mei dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku. Selamat Hari Pekerja! |
Serius nyanyi Negaraku :p |
Cabutan bertuah... Tumpang glemer sampaikan hadiah... |
Pengurus pasukan paling agresif. Hahaha... My big bro, Abang Mail... |
Our cheerleaders |
Perlawanan akhir, Sungang A vs Jeleta Bumi |
Penghargaan daripada Penaung Penganjur (Mr Max - kiri) kepada Pengurusan Ladang Mostyn (SA Comel - kanan) |
Penghargaan daripada Pengerusi Penganjur (Abg Mahiudi - kiri) kepada SAFA Kunak (Uncle Zai - kanan) |
Gambar kenangan team penganjur bersama Pen. Pengurus Kanan ladang |
Gambar kenangan team penganjur di malam post mortem (ada yang tidak dapat datang) |
Al-kisah bola sepak tidak berakhir di situ...
Selang beberapa minggu, khidmat ku diperlukan lagi...
Lebih kepada menyibukkan dan offer diri sendiri sebenarnya...
Yalah, minat punya pasal...
Hahaha...
Tambahan pula, Uncle Zai antara anchor pasukan ni jadi bolehlah menyelit-nyelit offer kemahiran yang ada...
Hehehe...
Panjang ceritanya, tapi dipendekkan...
Aku satu-satunya bunga yang mengiringi pasukan bola sepak daerah Kunak (SAFA Kunak) untuk ke Kejohanan Piala Ketua Menteri Sabah 2016...
Hahaha...
Aku pernah jadi atlet, aku pernah jadi fisio, aku pernah jadi fitness trainer, aku pernah jadi coach tanpa sedar, dan aku pernah jadi pengurus pasukan...
Tapi perasaan duduk di kerusi pegawai kali ini bahangnya lain macam...
You can feel the heat dan aura pasukan tu direct ke dalam jiwa raga...
Chewahhh...
Tapi, serius cakap walaupun kalah, hahaha...
Walaupun kalah, rasa bangga tu tebal sebab menjadi sebahagian pasukan ni cukup-cukup sesuatu pengalaman yang berharga...
Kalah tu, adat pertandinganlah kan...
Lebih-lebih pula majoriti barisan pihak pengurusan dan pegawai-pegawai pasukan terdiri daripada muka-muka baru (termasuk aku)...
Hehehe...
Pemain-pemain pun 50% yang belum ada pengalaman ikut pasukan daerah...
Jadi, normal lah kan?
Insya Allah, sekiranya muka-muka ini juga yang dibagi peluang lagi untuk bawa pasukan daerah di tahun-tahun akan datang, sekurang-kurangnya prestasi itu dapat dinaikkan sedikit demi sedikit...
Insya Allah...
Akhir kata, terima kasih SAFA Kunak... :)
Piece of sharing knowledge session with Coach Citra |
Session with Coach Polo and the pegawai-pegawai |
Tengok aku tu, buat-buat sibuk. Hahaha... |
Training petang-petang. Friendly with Ulindo FC |
Session with The Mastermind, Coach Max |
Refresher first aid training oleh MA Nordin |
Warming up |
Ready untuk kena belasah. Huhuhu... |
Supporter tegar, sanggup datang malam-malam dari Kunak |
Scoreboard |
Kunak vs Semporna |
Team Kunak |
Team Reserve. Hahaha... |
Team Pegawai... |
Team Pegawai lagi. Abaikan bajuku kaler lain... |
Team Reserve lagi |
Kami bangga |
Players with Coach Justin Ganai |
Kami SAFA Kunak |
p/s: tengok budak-budak training, aku pun naik semangat mau buat fitness balik... tapi sudah masuk bulan puasa lah pulak (alasan) ;p
p/s lagi: jangan tanya aku kenapa baju pegawai SAFA Kunak semua merah, aku saja yang maroon...aku sayang bajuku tu, sengaja tidak pakai...aku tidak sampai hati mau biar dia koyak dibadanku...eja, sin mim pa ya ta...hahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan