Khamis, Oktober 06, 2016

Aidil Adha 2016 & Aqiqah Andi Muhammad Akhyar Harraz Bin Andi Mazlan


Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha...
Walaupun hampir sebulan berlalu, aku ucapkan saja...

Alhamdulillah...
Aidil Adha kali ini aku dan keluarga masih lagi diberi peluang untuk merayakannya bersama-sama...
Berbanding tahun lalu, kali ini syukurlah korum keluarga basic kami penuh...
Terima kasih, Ya Allah...

Aidil Adha atau Raya Korban tahun ini kami sekalikan dengan Majlis Aqiqah anak saudara baru ku, anak kepada abangku iaitu Andi Muhammad Akhyar Harraz Bin Andi Mazlan...
Majlisnya dijalankan dengan sederhana, syukurlah semua keluarga dapat berkumpul bersama-sama...

Terima kasih kepada semua warga Ladju Clan dan sanak saudara yang sudi datang dan membantu dari awal hingga akhir majlis...
Terima kasih juga kepada jiran-jiran, rakan-rakan keluarga, para kenalan dan semua yang hadir mendoakan kesejahteraan buat our little Andi dan kami sekeluarga...

Bersempena dengan kepulangan Abang Lan sekeluarga, aku bawalah diorang jalan-jalan sekitar Mostyn saja atas faktor cuaca dan masa yang terhad...
Cukuplah rasanya, sekadar melakarkan memori dan mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya dan aku sekaligus bagi peluang kakak ipar dan anak-anak saudara kenali Mostyn ni...
Hehehe...




























Ekspo Merdeka Sekolah Kebangsaan Mostyn


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Aku kembali lagi setelah lama menyepikan diri di blog ini...
Maaf, maaf, maaf...

Update kali ini tentang Ekspo Merdeka Sekolah Kebangsaan Mostyn...
Telah diadakan pada 25hb September 2016 yang lalu...
Satu projek berkonsepkan mini karnival ala-ala Jom Heboh begitu...
Ekspo ini sesuatu yang asing di Kunak ini, Mostyn khasnya...
Projek fund rising untuk sekolah dalam misi membina dewan mini untuk memudahkan warga sekolah mengadakan aktivti terutamanya perhimpunan...

Projek ini asalnya, ramai yang meragui kejayaannya untuk diadakan...
Namun, atas tekad dan sikap positif beberapa orang guru terutamanya Cikgu Firman dan Cikgu Yaakob serta dorongan rakan-rakan guru yang lain dan para ibu bapa...
Alhamdulillah, angan-angan akhirnya berjaya direalisasikan...
Sambutan yang sangat mengagumkan, lawatan daripada pengunjung yang sangat ramai dijangkakan lebih 1,000 orang yang telah hadir...
Satu rekod baru buat kami di sini...
Tahniah, SK Mostyn!!!

Aku???
Walaupun aku bukanlah kakitangan sekolah...
Tapi aku turut menyumbangkan kudrat yang ada untuk membantu...
Mewakili pihak ladang pun ya, mewakili Alumni SK Mostyn pun ya juga...
Peranan yang aku mainkan lebih kepada Pertandingan Motosikal Berhias, Gimik Perasmian Ekspo dan Pertandingan Bola Tampar Amal...
Kepenatan ke hulu dan ke hilir rasanya berbaloi dengan kejayaan yang diraih...
Aku bukanlah AJK Pelaksana utama dalam projek ini...
Tapi menjadi sebahagian daripada AJK kecil sudah cukup buat aku bangga dengan sekolah lamaku ini...

Insya Allah, semoga hasrat dan niat murni warga SK Mostyn untuk membangunkan fasiliti di sekolah menjadi kejayaan...
Berkat komitmen dan kerjasama seluruh warganya...
Kami, baik para alumni mahupun pihak pengurusan ladang akan cuba memberikan sokongan yang diperlukan...

Tahniah sekali lagi buat semua AJK Pelaksana, terutamanya Project Manager!!!
Two Thumbs Up!!!

Gimik Perasmian - Pertunjukan oleh Polis Bantuan Sime Darby Kunak
Gimik Perasmian - Pertunjukan oleh Polis Bantuan Sime Darby Kunak
Antara peserta motosikal berhias tema kemerdekaan Malaysia
Sesi penjurian sedang berjalan - Uncle Zai
Sesi penjurian sedang berjalan - Mr. Johari
Etta bersama motosikal johan
Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan
Bergambar bersama AJK dan peserta motosikal berhias
Ridwan Hamsa - Johan Pertandingan Motosikal Berhias Ekspo Merdeka SK Mostyn 2016
Me with Sasa, the most talkative alumni of SK Mostyn


Isnin, Jun 20, 2016

Abang Aling, Bersemadilah Dengan Tenang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kesedihan menyelubungi diri ini...
Dingin, sayu dan hati masih merintih...
Seiring dengan cuaca pagi ini yang menyaksikan hujan renyai tanpa henti...

Kemarin, 19/06/2016 jam menunjukkan 7.54 pagi...
Satu tamparan di awal pagi yang mengejutkan aku dari mamai...
Panggilan daripada si dia dengan suara berkaca...
"Yang, datang hospital... Abang Aling tiada sudah, yang..."
Buat pertama kali, aku mendengar suara si dia berkaca sebegitu...

Aku yang masih lagi berstatus "orang luar" pada keluarga itu sudah boleh rasa hati ni berkecai bila terima berita itu...
Apalagi diorang yang berstatus darah daging, lebih-lebih lagi isteri dan anaknya sendiri...

Abang Bistari Bin Hj. Abd. Ghani atau Abang Aling...
Abang seibu berlainan bapa kepada bakal imamku...
Seorang yang berpersonaliti baik hati, pemurah, ceria, peramah, senyum sentiasa...
Paling penting, dirinya dipenuhi dengan kasih sayang yang sangat banyak...

Mengenali namanya hampir mencecah 4 tahun, seiring perkenalan aku dan si dia...
Berjumpa dengannya secara bersemuka pada November 2014...
Di majlis perkahwinan Kak Juraidah (kakak si dia)...

Aku tidak pernah mudah mesra dengan orang yang baru pertama kali aku jumpa...
Tapi dengan Abang Aling, he strikes me from the first moment we met...
Dia tinggalkan tanda kasih sayang seorang abang seawal pertemuan pertama...
Betapa dia menghargai dan mengalu-alukan aku sebagai calon adik iparnya...
Tidak putus ucapan terima kasih kerana aku sudi terima adik dan keluarganya dengan apa adanya mereka...

Kemarin saat aku melihat tubuh yang kaku itu terbaring berselimut penuh...
Aku hanya melihat dengan perasaan yang sugul sambil duduk baca Yaasin di sudut rumah...
Jauh dari pembaringan jenazah...
Reaksiku seperti kebiasaannya, ibarat papan tanda tanpa tulisan...
Hati batu macam aku, susah betul mahu keluarkan air mata...

Tapi bila kali kedua aku masuk selepas ambil etta untuk sama-sama berziarah...
Aku dijemput duduk betul-betul di sebelah kepala Abang Aling...
Saat di mana aku dapat lihat Abang Aling bila orang membuka kain selimut yang menutup mukanya...
Saat itulah air mata si hati batu ini berjuraian...
Sungguh tenang wajah Abang Aling, dalam keadaan begini dia masih senyum...
Sejak itu hinggalah jenazah selamat dibawa untuk dikebumikan...
Air mata berlinang tanpa henti...

Aku respect, aku salute kepada seorang wanita yang bergelar isteri...
Kak Ija, semoga syurga juga buatmu kelak, kak...
Sabar dan sayang sungguh Kak Ija dengan Abang Aling...
Sepanjang Abang Aling sakit, Kak Ija tetap sabar melayan karenah dan merawati si suami...
Hinggalah ke nafas Abang Aling yang terakhir...
Kak Ija tetap di sisi menemani...
Sewaktu Kak Ija tidak henti-henti mengucup dan memeluk jenazah Abang Aling...
Aku menangis sebak...
Pandangan Kak Ija, pandangan yang penuh dengan kerinduan dan kasih sayang...
Besar sungguh impak kasih sayang Abang Aling pada Kak Ija juga pada anak tunggalnya, Fauzi...
Serta kami semua...

Malam tadi mata tidak mampu terpejam lena...
Setiap kali hampir lena, terbayang wajah Abang Aling tersenyum padaku...
Aku terjaga dan berderai juga air mata...
Berulang-ulang hingga tidak terkira berapa kali aku terjaga dan menangis...
Ya Allah, kerinduan apakah ini...
Kasih sayang seorang abang yang dia beri, terbawa-bawa dalam kesedihan rindu padanya...


"Abang Aling...
Kita hanya direzekikan bertemu untuk seketika...
Boleh dihitung dengan jari pertemuan itu...
Setiap kali kita berjumpa, senyuman manis mu pasti kau berikan...
Walau dalam kesakitan, senyum itu tidak pernah tawar...
Tapi pertemuan kita yang terakhir kemarin cukup memberi kesan yang paling dalam...
Senyuman terakhir penutup kesakitan yang kau ukir buat kami...
Penderitaan mu selama setahun, kini berakhir dengan pengakhiran terbaik oleh-Nya...

Berehatlah, bang...
Tenanglah di sana, di sisi Allah SWT dengan aman...
Pergimu di bulan Ramadhan yang mulia ini, amat kami cemburui...
Sesungguhnya kau lah salah satu insan terpilih yang dikasihi Allah...
Dijemput pulang dalam bulan yang penuh barakah...
Semoga Syurga Allah buatmu, bang...
Terima kasih untuk segalanya..."