Khamis, Mei 07, 2015

Maaf, Aku Bukan Pengampu


Assalamualaikum...
Pagi tadi jiwa dan emosi tergoncang seketika...
Mana tidaknya, dapat panggilan telefon tanpa bagi salam terus marah-marah...
Aku dimarah atas sebab "left" group...
Sendiri yang left atau "ter"left...
Wallahu 'Alam...

Tapi cukuplah sekadar aku luahkan...
Sama ada left secara sengaja atau tidak...
Group itu tidak sezarah pun bagi aku apa-apa makna...
Yang dapat hanya rasa muak...
Muak dengan wayang yang tidak berkesudahan...
Yang senang makin senang...
Susah makin terpijak...

Mengampu, mengipas dan melobi bukan caraku...
You walk on your own effort, Lillahi Ta'ala...
Jangan hanya sekadar tengok muka bila ada perlu...
Tapi bila sudah berkuasa, jalan ke mari mungkin sudah dilupakan...

Secara sukarelanya, posisi yang disandang akan aku lepaskan...
Telah dilepaskan sebenarnya, sebab aku pernah dikatakan "tidak bagi kerjasama"...
Aku terpaksa memilih antara dua pilihan...
Antara tanggungjawab dengan tugasan kepada punca rezeki...
Atau mengikut arahan untuk pergi "mengipas"...
Aku pasti pilih tanggungjawab pada kerja, sumber utama rezeki yang Allah sudah bagi...
Jawatan ini hanya menambah ketamakan manusia...
Kadar untuk meningkatkan tahap lupa diri juga semakin tinggi...

(credit to the owner of this picture)



Hairan...
Jawatan yang sama, kawasan yang sama...
Tapi layanan dan peruntukan dibeza-bezakan...
Sebabnya, aku bukan pengampu...
Jika mahu, kena datang ambil sendiri kata mereka...

Wooo... Hold on there, buddy...
Masa pemilihan dulu, kalaulah tandas di rumahku tu aku mahu minta cucikan pun diorang sanggup semata untuk dapatkan undian...
Tapi bila sudah dapat posisi, aku pula yang kena datang menghadap, bersujud untuk dapatkan apa yang kamu janjikan dulu?
Yang itu memang aku tidak boleh berkompromi...

Maaf, jika aku dilabel sebagai orang yang tidak memberi kerjasama dalam hal politik...
Aku minta maaf...
Suatu ketika dahulu, aku tengok potensi politik sebagai saluran untuk menyampaikan suara dan idea baru yang bermanfaat kepada marhaen...
Tapi, bila aku dapati politik semakin kotor dengan pengampu...
Aku harus berundur sebelum aku terpalit...

Politik sekarang, semakin kuat mengampu semakin senanglah dapat "gula-gula"...
Bila cara kita dianggap "berhaluan kiri" kita pasti diketepikan...
Berpolitik sekarang bukan lagi untuk rakyat...
Tetapi untuk insan tertentu...

Kipas, kipas, kipas...
Kipaslah selagi mampu, tapi kena ingat...
Tanpa kami, tiada siapa yang perlu dikipas lagi...

[pengampu.JPG]
(credit to the owner of this picture)


p/s: tidak menyokong bukan bererti membangkang...

p/s lagi : berjiwa rakyat? eeerrr... kena selidik balik term tu, jangan label diri sendiri sesuka hati... nanti kena tulah sebab rakyat yang dimaksudkan tu "kroni/konco" sendiri saja...

p/s lagi lagi : pemimpin berkhidmat untuk rakyat? atau rakyat berkhidmat untuk pemimpin? aku rasa, statement pertama tu sah lakunya masa musim PRU atau pemilihan saja, kan???


Rabu, Februari 18, 2015

Bersama "Anak-Anak Murid" Ku


Assalamualaikum...
Selamat bertemu kembali, kepada semua...
Semenjak dua menjak ni, normallah kan orang kerja ni perasan busy...
Hehehe...

Keinginan untuk menukilkan sesuatu di dalam blog kesayangan ni memang setiap masa ada...
Tapi dek kerana otak ni sudah digunakan hampir 90% setiap hari untuk kerja...
Telah menyebabkan aku kekeringan ayat untuk dipahatkan...

Apa-apapun, demi menjamin kenangan dapat dicatatkan...
Aku ingin berkongsi update ter'latest' aku selain daripada kerja, kerja, dan kerja...
Sebenarnya update terbaru ni pun pasal kerja jugak...
Cuma yang ini lebih santai sikit...
Hehehe...

Atas permintaan ramai dan faktor keluarga, aku akhirnya bersetuju untuk mula ajar tuisyen balik...
Tapi tuisyen ni khas untuk murid-murid UPSR sahaja...
Bukan tidak mahu berkongsi ilmu dengan pelajar PT3 dan SPM...
Namun disebabkan kemudahan fasiliti ku yang terhad, maka cukuplah budak-budak UPSR jek dulu...
Aku ajar ni pun sebab Izan...
Kenal Izan? Anak buahku yang tahun ni sudah bergelar murid Tahun Enam...

Aku mulakan kelas tuisyen UPSR pada 2hb Februari 2015...
Alhamdulillah, setakat ni ada 10 orang murid yang berminat untuk berkongsi ilmu dengan aku...
Hehehe...

Siang aku kerja, malam dan hujung minggu aku ajar tuisyen...
Mula-mula jadual aku selang-selikan skip sehari2...
Tapi terpaksa dibuat setiap hari (malam) sebab 10 orang tu aku pecahkan kepada dua team...
Supaya ilmu dapat disampaikan dengan lebih telus kepada budak-budak ni...
Ramai sangat dalam satu masa akan buatkan aku tidak dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada semua sekaligus...

Selain daripada kelas belajar itu dan ini pasal subjek ikut silibus terkini...
Aku juga ada buat aktiviti tambahan setiap minggu...
Seperti hafalan surah-surah lazim dan doa-doa, menghafal cerita, kuiz, tele-match, dan lain-lain aktiviti sebagai riadah dan psychology development...

Antara yang terbaru, aktiviti mandi-manda di Mongkok Water Spring...
Sekalian buat makan-makan sempena kemenangan pasukan SK Mostyn dalam Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Kunak...
Gembira betul budak-budak ni dapat jumpa air, melompat, menyelam, bermain, dan lain-lain...
Aku pun tumpang gembira sekali walaupun tidak dapat mandi...
Hehehe...

Harap-harap, diorang ni semua berjaya dalam UPSR...
Tapi yang paling penting menjadi orang yang berjaya untuk agama, keluarga dan negara pada masa akan datang...
Insya Allah...

Enough with words...
Aku kongsikan untuk tatapan bersama, memori awal-awal sesi bersama "anak-anak murid" UPSR ku...

Padah Datang Lambat. Hehehe...
Ice Breaking Session
Solat Isyak Berjemaah Sebelum Mula Belajar
Padah Datang Lambat Hari Kedua
Sesi Jawab Latihan Matematik
Hadir Menyokong Pasukan SK Mostyn di Padang Pekan Kunak
SK Mostyn vs SK Madai
They're The Winner!
Mandi-Manda Di Mata Air Mongkok (Tohunsug)
"Get Set, JUMP!!!"
My cousin (Ica Selamat) ikut sekali ke Mata Air
Action Lebih
They're Happy, I'm Happy Too

Sabtu, Disember 20, 2014

Selamat Jalan, Bos...


Assalamualaikum...
Hari ini 20/12/14, hari terakhir kami bersama Tuan SM Mohd Yusri...
Tn Yusri bakal meneruskan tanggungjawab sebagai Pengurus Kanan Ladang di tempat baru...
Ladang Labu, Negeri Sembilan...

Sedih???
Ya, rasa sedih sebab Tn Yusri lah bos pertama bagi aku di sini...
Tn Yusri jugalah yang interview aku dulu untuk jawatan QA Supervisor ni...
Atas kepercayaan yang diberikan, Alhamdulillah aku dapat membantu Mostyn untuk melepasi beberapa Audit Mega dengan jayanya...
Juga berkat kerjasama daripada semua otai dan warga ladang yang lain...

Minggu-minggu terakhir dengan Tn Yusri, adalah juga sempat beliau luangkan masa untuk memberi nasihat tentang perjalanan kerjaya dan hidup buat aku ni...
Rasa bangga dan terharu, sebab rupanya Tn Yusri nampak potensi yang ada pada aku...
Insya Allah, segala nasihat dan galakan yang Tn Yusri berikan akan turut aku jadikan panduan untuk langkah-langkah ku seterusnya...

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan, Tuan...
Mohon maaf atas segala salah silap selama setahun saya bekerja di bawah Tuan...
Diharapkan semua keputusan audit selama kendalian saya seperti ISCC, Chemical Risk Assessment, RSPO, dan 5S telah memberikan sesuatu yang membanggakan Tuan...

Lulus Persijilan Audit 5S MPC merupakan hadiah yang paling berharga yang mampu saya dan kami semua berikan...
Tahniah juga atas kemenangan MoGiGator dalam GM Cup 2014...
Sungguh banyak pencapaian terbaik Tuan pada saat-saat akhir di sini...
Insya Allah juga, diharapkan momentum yang sama akan saya teruskan di bawah Tuan SM baru, Tn Saifullizan...

Apa-apapun, Good Bye Boss...
Thanks for everything, sorry for something...
Ada rezeki, Insya Allah kita jumpa lagi...

"Boss... 
There have been many times when your bossy ways have made us frown and complain...
But, after the dust settles we've always admired your persistence to push us again and again...
Today, as you leave the office and let go of the helm of our team...
We wish you the best and hope that your new place fulfills all your dreams...
Farewell..."