Rabu, Januari 04, 2017

Senamrobik Mega, SENAMVAGANZA MOSTYN 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kembali ke sini, untuk menukilkan sesuatu setelah sekian lama sepi...
2016 telah menutup tirainya, di mana menyaksikan 4 bulan terakhir di tahun itu aku banyak habiskan dengan aktiviti luar bersama warga Ladang Mostyn...
Mungkin juga boleh dikatakan langkah permulaan untuk menunaikan azam yang tidak pernah accomplished...

Senamrobik...
Ya, sejak bulan Ogos 2016 rutin harian (siang) ku tidak lagi stagnant seperti kebiasaannya...
Kerana sejak sekitar bulan itu, aku dan beberapa orang rakan sudah mula mempunyai jadual mingguan...
Iaitu senamrobik bersama warga Ladang Mostyn, khususnya kaum ibu setiap petang Selasa & Jumaat...
Ini merupakan salah satu promosi dan kempen amalan hidup sihat yang dilancarkan pada Hari Kesihatan Ladang Mostyn, 07/08/2016...
Senamrobik antara satu aktiviti senaman yang paling murah (bagi ahlinya) tapi sedikit costly (bagi pengurusannya)...

Perjalanan aku dan senamrobik di ladang ini agak lama sudah, lebih dua (2) tahun...
Tapi baru sekarang sambutan yang hangat kami terima...
Bermula daripada hanya empat (4) orang saja berpoco-poco selama berbulan-bulan tanpa sambutan, kini alhamdulillah...
Kehadiran pernah mencecah 100 orang lebih untuk bersama kami...
Cuma setiap kejayaan, mesti ada cabarannya...
Apa cabaran kami dalam perjuangan menghidupkan senamrobik di ladang ini, cukuplah kami (para instructors) dan Allah sajalah yang tahu...
Sampai satu tahap, pernah give up! Tapi rakan-rakan instructors saling support each other, satu give up yang lain cheer up, begitulah seterusnya...

Long story became short...
31/12/2016, kami menutup tirai 2016 dengan menganjurkan satu senamrobik mega yang kami beri nama SenamVaganza Mostyn 2016...
Di mana terdapat aktiviti senamrobik bersama kami (para instructors) dan pertandingan senamrobik terbuka (tidak terhad kepada warga Mostyn saja), serta turut diselitkan beberapa permainan/games seperti Limbo Dance, Mannequin Challenge dan lain-lain lagi...

Tapi ramuan paling penting yang membuatkan program ini lain daripada yang lain ialah, kami mempunyai tema...
Tema SenamVaganza 2016 ialah Halloween VS Fairy Tales...
Di mana kami meminta para hadirin termasuk peserta untuk berpakaian dan bermekap ala-ala hantu, puteri atau apa saja yang dirasakan menepati tema...
Aku tampil sebagai Grimm Reaper yang tidak berapa menjadi dek kesibukan sampai tidak sempat dimekap penuh...

Alhamdulillah, berkat kerjasama semua AJK terutamanya bos SenamVaganza, MA Nordin...
SenamVaganza 2016 berjaya dilaksanakan dan mendapat pujian daripada orang luar iaitu juri/tetamu jemputan...
Kehadiran warga Mostyn masih lagi kurang memberangsangkan, namun kami faham mungkin masa program ini tidak sesuai memandangkan musim persekolahan hampir bermula...
Malahan masih ada yang berada di luar kawasan sedang bercuti...

Apa-apapun, tahniah kepada kami (AJK penganjur) yang diketuai oleh MA Nordin dan mendapat dukungan daripada pihak pengurusan ladang...
Tidak ketinggalan, para penyumbang yang sudi mengeluarkan wang ringgit demi menyokong program ini...
Serta semua yang hadir menjayakan SenamVaganza 2016 baik warga Mostyn mahupun daripada luar...
Insya Allah, jika diizinkan Allah kita akan berjumpa semula di SenamVaganza 2.0 bertemakan Masquerade! 









 



 














Khamis, Oktober 06, 2016

Aidil Adha 2016 & Aqiqah Andi Muhammad Akhyar Harraz Bin Andi Mazlan


Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha...
Walaupun hampir sebulan berlalu, aku ucapkan saja...

Alhamdulillah...
Aidil Adha kali ini aku dan keluarga masih lagi diberi peluang untuk merayakannya bersama-sama...
Berbanding tahun lalu, kali ini syukurlah korum keluarga basic kami penuh...
Terima kasih, Ya Allah...

Aidil Adha atau Raya Korban tahun ini kami sekalikan dengan Majlis Aqiqah anak saudara baru ku, anak kepada abangku iaitu Andi Muhammad Akhyar Harraz Bin Andi Mazlan...
Majlisnya dijalankan dengan sederhana, syukurlah semua keluarga dapat berkumpul bersama-sama...

Terima kasih kepada semua warga Ladju Clan dan sanak saudara yang sudi datang dan membantu dari awal hingga akhir majlis...
Terima kasih juga kepada jiran-jiran, rakan-rakan keluarga, para kenalan dan semua yang hadir mendoakan kesejahteraan buat our little Andi dan kami sekeluarga...

Bersempena dengan kepulangan Abang Lan sekeluarga, aku bawalah diorang jalan-jalan sekitar Mostyn saja atas faktor cuaca dan masa yang terhad...
Cukuplah rasanya, sekadar melakarkan memori dan mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya dan aku sekaligus bagi peluang kakak ipar dan anak-anak saudara kenali Mostyn ni...
Hehehe...























Ekspo Merdeka Sekolah Kebangsaan Mostyn


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Aku kembali lagi setelah lama menyepikan diri di blog ini...
Maaf, maaf, maaf...

Update kali ini tentang Ekspo Merdeka Sekolah Kebangsaan Mostyn...
Telah diadakan pada 25hb September 2016 yang lalu...
Satu projek berkonsepkan mini karnival ala-ala Jom Heboh begitu...
Ekspo ini sesuatu yang asing di Kunak ini, Mostyn khasnya...
Projek fund rising untuk sekolah dalam misi membina dewan mini untuk memudahkan warga sekolah mengadakan aktivti terutamanya perhimpunan...

Projek ini asalnya, ramai yang meragui kejayaannya untuk diadakan...
Namun, atas tekad dan sikap positif beberapa orang guru terutamanya Cikgu Firman dan Cikgu Yaakob serta dorongan rakan-rakan guru yang lain dan para ibu bapa...
Alhamdulillah, angan-angan akhirnya berjaya direalisasikan...
Sambutan yang sangat mengagumkan, lawatan daripada pengunjung yang sangat ramai dijangkakan lebih 1,000 orang yang telah hadir...
Satu rekod baru buat kami di sini...
Tahniah, SK Mostyn!!!

Aku???
Walaupun aku bukanlah kakitangan sekolah...
Tapi aku turut menyumbangkan kudrat yang ada untuk membantu...
Mewakili pihak ladang pun ya, mewakili Alumni SK Mostyn pun ya juga...
Peranan yang aku mainkan lebih kepada Pertandingan Motosikal Berhias, Gimik Perasmian Ekspo dan Pertandingan Bola Tampar Amal...
Kepenatan ke hulu dan ke hilir rasanya berbaloi dengan kejayaan yang diraih...
Aku bukanlah AJK Pelaksana utama dalam projek ini...
Tapi menjadi sebahagian daripada AJK kecil sudah cukup buat aku bangga dengan sekolah lamaku ini...

Insya Allah, semoga hasrat dan niat murni warga SK Mostyn untuk membangunkan fasiliti di sekolah menjadi kejayaan...
Berkat komitmen dan kerjasama seluruh warganya...
Kami, baik para alumni mahupun pihak pengurusan ladang akan cuba memberikan sokongan yang diperlukan...

Tahniah sekali lagi buat semua AJK Pelaksana, terutamanya Project Manager!!!
Two Thumbs Up!!!

Gimik Perasmian - Pertunjukan oleh Polis Bantuan Sime Darby Kunak
Gimik Perasmian - Pertunjukan oleh Polis Bantuan Sime Darby Kunak
Antara peserta motosikal berhias tema kemerdekaan Malaysia
Sesi penjurian sedang berjalan - Uncle Zai
Sesi penjurian sedang berjalan - Mr. Johari
Etta bersama motosikal johan
Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan
Bergambar bersama AJK dan peserta motosikal berhias
Ridwan Hamsa - Johan Pertandingan Motosikal Berhias Ekspo Merdeka SK Mostyn 2016
Me with Sasa, the most talkative alumni of SK Mostyn