Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kembali ke sini, untuk menukilkan sesuatu setelah sekian lama sepi...
2016 telah menutup tirainya, di mana menyaksikan 4 bulan terakhir di tahun itu aku banyak habiskan dengan aktiviti luar bersama warga Ladang Mostyn...
Mungkin juga boleh dikatakan langkah permulaan untuk menunaikan azam yang tidak pernah accomplished...
Senamrobik...
Ya, sejak bulan Ogos 2016 rutin harian (siang) ku tidak lagi stagnant seperti kebiasaannya...
Kerana sejak sekitar bulan itu, aku dan beberapa orang rakan sudah mula mempunyai jadual mingguan...
Iaitu senamrobik bersama warga Ladang Mostyn, khususnya kaum ibu setiap petang Selasa & Jumaat...
Ini merupakan salah satu promosi dan kempen amalan hidup sihat yang dilancarkan pada Hari Kesihatan Ladang Mostyn, 07/08/2016...
Senamrobik antara satu aktiviti senaman yang paling murah (bagi ahlinya) tapi sedikit costly (bagi pengurusannya)...
Perjalanan aku dan senamrobik di ladang ini agak lama sudah, lebih dua (2) tahun...
Tapi baru sekarang sambutan yang hangat kami terima...
Bermula daripada hanya empat (4) orang saja berpoco-poco selama berbulan-bulan tanpa sambutan, kini alhamdulillah...
Kehadiran pernah mencecah 100 orang lebih untuk bersama kami...
Cuma setiap kejayaan, mesti ada cabarannya...
Apa cabaran kami dalam perjuangan menghidupkan senamrobik di ladang ini, cukuplah kami (para instructors) dan Allah sajalah yang tahu...
Sampai satu tahap, pernah give up! Tapi rakan-rakan instructors saling support each other, satu give up yang lain cheer up, begitulah seterusnya...
Long story became short...
31/12/2016, kami menutup tirai 2016 dengan menganjurkan satu senamrobik mega yang kami beri nama SenamVaganza Mostyn 2016...
Di mana terdapat aktiviti senamrobik bersama kami (para instructors) dan pertandingan senamrobik terbuka (tidak terhad kepada warga Mostyn saja), serta turut diselitkan beberapa permainan/games seperti Limbo Dance, Mannequin Challenge dan lain-lain lagi...
Tapi ramuan paling penting yang membuatkan program ini lain daripada yang lain ialah, kami mempunyai tema...
Tema SenamVaganza 2016 ialah Halloween VS Fairy Tales...
Di mana kami meminta para hadirin termasuk peserta untuk berpakaian dan bermekap ala-ala hantu, puteri atau apa saja yang dirasakan menepati tema...
Aku tampil sebagai Grimm Reaper yang tidak berapa menjadi dek kesibukan sampai tidak sempat dimekap penuh...
Alhamdulillah, berkat kerjasama semua AJK terutamanya bos SenamVaganza, MA Nordin...
SenamVaganza 2016 berjaya dilaksanakan dan mendapat pujian daripada orang luar iaitu juri/tetamu jemputan...
Kehadiran warga Mostyn masih lagi kurang memberangsangkan, namun kami faham mungkin masa program ini tidak sesuai memandangkan musim persekolahan hampir bermula...
Malahan masih ada yang berada di luar kawasan sedang bercuti...
Apa-apapun, tahniah kepada kami (AJK penganjur) yang diketuai oleh MA Nordin dan mendapat dukungan daripada pihak pengurusan ladang...
Tidak ketinggalan, para penyumbang yang sudi mengeluarkan wang ringgit demi menyokong program ini...
Serta semua yang hadir menjayakan SenamVaganza 2016 baik warga Mostyn mahupun daripada luar...
Insya Allah, jika diizinkan Allah kita akan berjumpa semula di SenamVaganza 2.0 bertemakan Masquerade!