Selasa, Jun 09, 2015

Sabah...Tanah Airku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat bertemu kembali...

Sabah...
Sekali lagi negeri ini diuji...
Belum surut isu pencerobohan Sulu serta penculikan pengganas...
Kini Allah menyampaikan tegurannya melalui gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala richter...
05/06/2015, kami akur dengan teguran-Mu Ya Allah...

Namun begitu, selaku insan di dunia pinjaman-Nya ini...
Kami redha...
Kami tetap tabah dan menerima apa jua teguran kasih sayang Allah pada kami...
Allah uji kerana Allah sayang...
Malahan kami juga sedar bahawa mungkin terlalu banyak salah silap yang telah kami lakukan di luar sedar, kami insan biasa...

Bagi kami yang beragama Islam, kami percaya dan yakin ini semua dugaan daripada Allah...
Manakala bagi rakan kami yang beragama lain, mereka juga pastinya meyakini semua ini teguran Tuhan/Semangat mengikut kepercayaan masing-masing...
Apapun juga kepercayaan kami di Sabah, kami tetap yakin ada hikmah di sebalik semua ini...
Untuk dijadikan pedoman dan pengajaran yang mengajar kami erti kesabaran dan ketabahan...

Tapi hati kami sedikit terusik dan terguris...
Apabila kejadian gempa bumi ini dijadikan bahan gurauan oleh segelintir individu untuk menghina negeri kami dan seluruh warganya...
Apa salah negeri Sabah? Apa salah warga Sabah?
Sabah yang mempunyai lebih kurang 26 buah daerah dan berpuluh-puluh suku kaum tidak pernah memperlekeh antara satu sama lain...
Kami tetap hidup di bawah satu bumbung yang sama walaupun berbeza agama, kepercayaan, budaya dan pemahaman...
Apa yang buat kami dapat hidup harmoni? Kami saling menghormati...

Kami dikatakan hidup bercawat dan tinggal atas pokok...
Kami sabar dan terima dengan senyuman...
Kami dikatakan kaum yang mundur dan jakun...
Kami tetap sabar dan senyum...
Malahan anak kelahiran tanah semenanjung yang bertugas di Sabah akan kami layan sebaik yang mungkin...
Kami berikan layan kepada mereka seperti keluarga sendiri...

Namun apabila kejadian gempa pun ingin dijadikan modal untuk menghina kami...
Apa yang kalian mahukan sebenarnya dengan menghina Sabah?
Tolong, tolong, tolong...
Jangan serlahkan kebodohan kalian di laman sosial...
Buka sikit pintu hati dan basuh sikit otak tu untuk cuba memahami sensitiviti orang lain...

Penghinaan kalian tidak dapat memajukan sabah...
Penghinaan kalian tidak juga buat kami mampu menggoncangkan banjaran Titiwangsa...
Penghinaan kalian hanya mampu menunjukkan kepada dunia akan kebodohan kalian...

Justeru, janganlah kami dihina...
Marilah kita sama-sama muhasabah diri...
Gempa bumi Sabah dan banjir kilat Kelantan...
Adakah benar kerana kami penduduk negeri yang jahat?
Atau satu teguran buat seluruh warga Malaysia?
Allah mendatangkan sesuatu musibah sebagai teguran...
Bukan untuk diperlekehkan...

Kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang menjadi mangsa gempa bumi Ranau...
Semoga kalian terus tabah...
Jangan peduli aapa orang kata, yang penting kita semua tahu ini kuasa Tuhan...
Terima dengan redha dan tetap bersabar...

Kepada rakan-rakan dan sahabat handai di Tanah Semenanjung...
Terima kasih atas doa dan keprihatinan yang diberikan...
Alhamdulillah, kami di kawasan Kunak, Tawau, Lahad Datu, Semporna tidak terkena secara langsung dengan gempa tersebut...
Hanya isu pengganas dan penculikan sahaja yang menjadi igauan ngeri buat kami di sini...
Tapi Insya Allah, Allah lebih tahu akan segalanya...

Kepada kalian yang menghina Sabah...
Terima kasih kerana menunjukkan diri anda yang sebenarnya...
Jika ada di antara kami yang telah membuat onar dalam hidup kalian...
Kami mohon maaf, harapan kami agar janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
Mohon hentikan hinaan anda sebelum ianya mengundang padah...
Kita kan negara bangsa yang beretika dan beradab tinggi...
Doakan lah yang baik-baik buat kami dan semuanya...
Semoga Allah lindungi Malaysia dan seluruh rakyatnya daripada kemurkaan-Nya...

Wallahu Alam...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

(picture credit to era fm)


8 ulasan:

Snk berkata...

hai sy nak tanya dulu sedari pernah kena vertigo..apa jadi dgn sakit tu?

Andi Rosnita Kandi berkata...

ya, saya pernah kena vertigo dalam 2-3 tahun lepas. alhamdulillah, sekarang vertigo tu hampir 100% dah pulih. kadang-kadang tu bila over-stress mmg ada petanda vertigo nak jadi blk. cuma skrg sy dah cuba kawal semuanya. sy jaga pengambilan makanan, sy kurangkan bergantung pd ubat especially panadol. selagi blh guna rawatan traditional, gunalah. sy perasan vertigo sy dah mula pulih lps sy buat fisio dan review pakar di HUKM. lps bekalan ubat hbs dan sy sdh tdk perlu jmpa pakar (kecuali sakit dtg blk), sy terus berbekam terutamanya kawasan tengkuk mmg byk darah kotor. alhamdulillah, smpai skrg vertigo tu blm prnh dtg melawat lg. hrp2 takkan lah. yg pnting jgn stress dan jgn bergantung pd penahan sakit dan panadol. :)

Snk berkata...

apa gejala vertigo yg awak ada dulu?

Andi Rosnita Kandi berkata...

gejala? apa yg sy alami lah mksudnya kan? seingat sy, mula2 skali sy slalu sakit kepala, migrain. sy selalu ambil panadol atau ponstan utk hilgkan sakit kepala tu. sampai satu tahap, sakit pinggang plak smpai x blh bgun. kemuncaknya masa sy ada satu event, 3 hari x tdur yg cukup (tdur sejam jek sehari). lps jek event tu trus padam sehari semalam. bgun2 jek pndgn sdh x mcm biasa. stiap hari bgun pg paling mcabar. asyik nak muntah dan nak rebah. tpksa jln ke bilik air dengan bpaut pd dinding. apa yg sy tgk smuanya mcm bergerak seolah2 sy sudah buat pusing2 tu (dunia mcm terbalik pun ada rasanya). kalau perubahan dr segi perangai plak, kwn sy ckp sy jd lbih childish. asyik nak mkn, nak bjalan, merajuk, marah, sedih. walaupun tau bahaya utk bjalan, tp tetap bkeras mau kluar ke bndar. masa tulah peranan family & kwn sgt2 pnting. klu diorg kurung d bilik sy jd marah dan kmurungan plak. silap2 klu dibiarkan blh bunuh diri. hehehe... sy suka bckp tdk henti wktu sakit dlu dan kwn2 sy kna dgr dan respon. ksian kat org yg rapat dgn kta lah utk melayan. pemahaman dan penilaian sy utk satu2 bnda pun jd lain. sy jd cpt dan slalu bingung. bila sdh msuk vertigo tahap kemuncak tu, sy tdk mampu bjalan sndiri. sy akan ke kiri dan ke kanan. jd someone tpksa pimpin sy dan sy jgk tpksa bertongkat utk 3 bulan straight. lps 8 bln sakit dan jalani treatment, barulah blh lpskan tongkat tu slowly... doktor yg rawat sy ada bgtau, vertigo ni luas skop dia. lain org akn alami berbeza-beza rasa. punca vertigo pun tiada yg spesifik, masih dlm kajian. tp dlm kes sy, dia blh simpulkan yg sy ni bekas atlet, bhnti sukan secara tba2, study life yg kurg tdur, mengamalkan panadol dan ponstan utk hilgkan sakit kepala, mkn main suap jek smua jenis mknan. dpt disimpulkan oleh doktor tu, vertigo ni minor-stroke...

Snk berkata...

apa yg dr buat untuk pulihkan saudari?untuk makluman sy juga ada vertigo sydah hampir 3 bulan..dah mcm2 dr saya pergi namun x juga ok..

Andi Rosnita Kandi berkata...

ouh... seksa kan vertigo ni? sbb dia pnyakit yg "tergantung"... mula2 dlu sy pegi hukm d bhgn pesakit luar doktor tu cuma kata migrain. dia bg penahan sakit. makin lama makin sakit sy rasa, sy x dpt tahan smggu kmudian sy cuba plak pusrawi. doktor yg d pusrawi tulah yg buat reference letter kpd doktor pakar di hukm menyatakan sy vertigo. lps dr pusrawi barulah sy dpt rawatan vertigo. itupun doktor cuma try and error sbb sakit vertigo ni kurg jelas punca dan simptom katanya. sy d hntr buat pmeriksaan darah, telinga dan mri... result semua ok cuma kata doktor ada sjenis kristal dlm telinga tu yg utk keseimbangan bdn mnusia, sy xda kristal tu. sbb tu sy jd x seimbang... nama vertigo sy dlm surat pngesahan hukm tu, "benign paroxysmal positional vertigo"... then sy kna buat fisio smggu 2 kali dan appointment dgn pakar sminggu ke 2 mggu skali. sy jgk d bg ubat namanya betaserc dan mobic. tp sy allergic mobic, bdn sy gatal2 dan naik jerawat bnanah satu muka dan bdn. so sy stop consume mobic. cuma ambil betaserc selama 8 bln. sambil2 buat rawatan, sy jg d nasihatkan utk bjalan kaki seawal pg stiap hari dlm 30 min utk cari keseimbangan blk. selama 8 bln tu jgk lah doktor x bg naik kapal terbang (x dpt blk sabah) dan x bg naik bgunan tggi lbih dr satu tgkt. takut blh padam tba2... better encik rujuk hspital swasta dan mnta reference letter ke hspital pakar mcm hukm... mgkin vertigo kta sama. jenuh jgk mula2 cari penawar dan ubat. sbb klu unit psakit luar diorg just blh kata kta migrain sbb over-stress...

Snk berkata...

lepas 8 bulan makan betaserc tu apa kesannya?

Snk berkata...

bole x wassap saya ke nimbor 0138039308 untuk saya bertanyakan pengalaman..terima kasih yer