Isnin, Disember 15, 2014

Barakallah Sahabatku, Mohd Zul Faizan & Masni


Assalamualaikum...
Hampir 3 bulan rasanya sudah tidak update blog...
Kesian blog, bersawang...
Almaklumlah, perasan busy lah katakan...
Huhuhu...

Soal kehidupan busy, letak tepi dulu...
Ini post khas buat seorang sahabat yang baru sahaja bertukar status...
Mohd Zul Faizan Bin Abdu Rahman...
Sahabat semenjak kecil, sedari zaman belum mumayyiz lagi...
Rakan sepermainan, belajar bersama, menghuru-harakan Pusat Sumber sekolah rendah bersama, membesar bersama, mengenal erti kehidupan juga bersama...
Zul salah seorang rakan karib ku selain Sabri dan Aki...

12/12/2014, Nikah & 14/12/2014, Majlis Persandingan...
Alhamdulillah, jodohnya sudah tiba...
Masih baru rasanya, memori sewaktu kecil bermain sama-sama...
Macam tidak percaya, lelaki yang tersengih-sengih sedang bersanding malam tadi tu kawan zaman kecilku hingga dewasa kini...

Kepada Puan Masni, tolong jaga kawan kami ni sebaik yang mungkin...
Jika dia berbuat salah, tegurlah secara berhikmah...
Harap bersabarlah dengan karenahnya yang suka bergurau dan jarang serius...
Perangainya seolah-olah keanak-anakan, tapi percayalah dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab...

Tahniah Zul, kerana mendapat seorang Isteri yang baik dan memahami...
Manis dan lembut perawakannya...
Apa-apapun, air mata gembira menitis buatmu sahabatku...

Dengan doa semoga Allah memberikan berkah serta rahmat-Nya buat rumahtangga kalian hingga ke Syurga...

Selamat Pengantin Baru, Zul & Masni...
Barakallahu Lakuma Wabarakah 'Alaikuma Wajama'a Baina Kuma Fi Khair...













Tiada ulasan: