Khamis, Julai 03, 2014

Selamat Bertukar Status, Che Liza...!!!


Alhamdulillah...
Seorang rakan rapat semasa aku di TPM dulu (geng T-Rex) telah pun bergelar isteri orang...
Che Hasliza Binti Md Rahim...
Seorang wanita yang langkahnya penuh dengan warna warni kehidupan...
Sekaligus pernah menumpangkan diri ini untuk sama-sama merasai warna warni tersebut...

Jatuh bangunnya Che Liza dapat aku rasakan bersama...
Betapa cekalnya hati wanita itu...
Berkali-kali hatinya didustakan, berkali-kali jugalah dia bingkas bangun terus melangkah...

Namun kini tidak lagi...
Sinar kebahagian telah menjelma buatnya...
Barakallah diucapkan kepada Che Liza dan suami...
Hanya doa dan rasa tumpang gembira yang mampu saya bekalkan sebagai pengganti diri...
Insya Allah, semoga berkekalan hingga ke syurga Allah...


Dalam pada masa yang sama...
Tidak dilupakan juga rakan T-Rex seorang lagi yang turut menukar status...
Mohd Taufiq Shawfi Bin Azizan...
Yang kini bergelar suami orang...
Alhamdulillah...
Semoga kalian semua berbahagia hendaknya..


Tiada ulasan: