19hb Julai 2014...
Satu jamuan berbuka puasa telah diadakan di rumahku (rumah staff) yang dihadiri oleh beberapa orang rakan termasuk my TanSri...
Hidangan makanan yang sederhana aku telah masak buat semua yang hadir dan juga buat keluarga di rumah etta...
Semua bahan-bahan masakan telah di sponsor sepenuhnya oleh my TanSri dan ditambah bantu oleh Aki...
Tidak dilupa Indo Nanna selaku supir bawa p belanja beli barang dapur...
Hehehe...
Aktiviti yang ringkas melibatkan solat maghrib berjemaah dan juga makan bersama-sama yang disertai dengan update hidup masing-masing...
Antara hidangan yang mampu aku sediakan ialah Nasi Ayam, Ayam Goreng Madu, Ayam Black Pepper, Telur Sambal, Terung Masak Kicap, Air Sirap, Kurma, Bubur Pisang, dan Kuih Lapis Sarawak (sumbangan Rohana)...
Apa2pun, terima kasih pada semua yang sudi bertandang dan menjamu selera dengan makanan yang tidak seberapa...
Terima kasih juga kepada Acha dan Ica yang banyak membantu sepanjang proses penyediaan makanan...
Terima kasih Aki, Zul, TanSri, Rohana, Hafsah, Aisyah Selamat, Sakinah, dan Risma...
Walaupun Kunak tengah perintah berkurung tetap nekad juga untuk menghadirkan diri...
Hehehe...
Buat yang lain, Insya Allah ada rezeki lebih lain kali pasti akan dijemput lagi...
Semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan jodoh buat kita semua dengan penuh Rahmat dan Hidayah-Nya...
Insya Allah... :)