Selasa, Mac 25, 2014

Anjing Pun Makhluk Allah Juga


Tersentak melihat kelakuan seseorang...
How they treat a dog...
Aku tau...
Anjing itu najis berat...
Najis mughallazah...
Setiap apa yang bersentuh dengannya wajib disamak terutama air liur dan peluhnya...


Tapi apa pula salah dan dosa anjing yang sekadar ingin menumpang berteduh di tepi rumah daripada hujan lebat?
Apa salah dia sampai perlu siram dengan AIR PANAS???
Dia hanya mahu tumpang berteduh di luar rumah...
Bukannya dalam rumah pun...
Bukan mengganggu atau menyusahkan...


Di manakah nilai kemanusiaan terhadap binatang yang juga makhluk Allah?
Tidak boleh kah hanya diusir?
Kenapa perlu siram dengan air panas?
Sakit hati dan tersentak jiwa ku bila dengar suara anjing tu meraung kesakitan...
Kesian, sangat kesian...
Seperti aku juga dapat rasa kesakitan itu...

Aku tidak menyarankan atau berkempen untuk membela anjing atau sebagainya...
Aku cuma harap agar semua haiwan/binatang dilayan dengan sebaiknya...
Jika tidak boleh disayangi, cukup sekadar jangan disakiti...
Apalagi dengan menggunakan air panas atau apa-apa yang menyakitkan...
Hmmm...
Aku sudah tidak terluah untuk berkata apa lagi, sebak...


Ya Allah, Kau lembutkan lah hati-hati mereka yang kering pada binatang...
Semaikan lah dalam hati mereka rasa simpati dan belas pada haiwan...
Sesungguhnya semua makhluk di dunia ini adalah hamba-Mu jua...


Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Allah yang lagi Maha Mengetahui atas segala sesuatu...
Wallahu Alam...


1 ulasan:

zolhyry zulkifly berkata...

neneeekkk..nie zolhairee zulkifli.. hahaha