Sabtu, Disember 20, 2014

Selamat Jalan, Bos...


Assalamualaikum...
Hari ini 20/12/14, hari terakhir kami bersama Tuan SM Mohd Yusri...
Tn Yusri bakal meneruskan tanggungjawab sebagai Pengurus Kanan Ladang di tempat baru...
Ladang Labu, Negeri Sembilan...

Sedih???
Ya, rasa sedih sebab Tn Yusri lah bos pertama bagi aku di sini...
Tn Yusri jugalah yang interview aku dulu untuk jawatan QA Supervisor ni...
Atas kepercayaan yang diberikan, Alhamdulillah aku dapat membantu Mostyn untuk melepasi beberapa Audit Mega dengan jayanya...
Juga berkat kerjasama daripada semua otai dan warga ladang yang lain...

Minggu-minggu terakhir dengan Tn Yusri, adalah juga sempat beliau luangkan masa untuk memberi nasihat tentang perjalanan kerjaya dan hidup buat aku ni...
Rasa bangga dan terharu, sebab rupanya Tn Yusri nampak potensi yang ada pada aku...
Insya Allah, segala nasihat dan galakan yang Tn Yusri berikan akan turut aku jadikan panduan untuk langkah-langkah ku seterusnya...

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan, Tuan...
Mohon maaf atas segala salah silap selama setahun saya bekerja di bawah Tuan...
Diharapkan semua keputusan audit selama kendalian saya seperti ISCC, Chemical Risk Assessment, RSPO, dan 5S telah memberikan sesuatu yang membanggakan Tuan...

Lulus Persijilan Audit 5S MPC merupakan hadiah yang paling berharga yang mampu saya dan kami semua berikan...
Tahniah juga atas kemenangan MoGiGator dalam GM Cup 2014...
Sungguh banyak pencapaian terbaik Tuan pada saat-saat akhir di sini...
Insya Allah juga, diharapkan momentum yang sama akan saya teruskan di bawah Tuan SM baru, Tn Saifullizan...

Apa-apapun, Good Bye Boss...
Thanks for everything, sorry for something...
Ada rezeki, Insya Allah kita jumpa lagi...

"Boss... 
There have been many times when your bossy ways have made us frown and complain...
But, after the dust settles we've always admired your persistence to push us again and again...
Today, as you leave the office and let go of the helm of our team...
We wish you the best and hope that your new place fulfills all your dreams...
Farewell..."






Isnin, Disember 15, 2014

Barakallah Sahabatku, Mohd Zul Faizan & Masni


Assalamualaikum...
Hampir 3 bulan rasanya sudah tidak update blog...
Kesian blog, bersawang...
Almaklumlah, perasan busy lah katakan...
Huhuhu...

Soal kehidupan busy, letak tepi dulu...
Ini post khas buat seorang sahabat yang baru sahaja bertukar status...
Mohd Zul Faizan Bin Abdu Rahman...
Sahabat semenjak kecil, sedari zaman belum mumayyiz lagi...
Rakan sepermainan, belajar bersama, menghuru-harakan Pusat Sumber sekolah rendah bersama, membesar bersama, mengenal erti kehidupan juga bersama...
Zul salah seorang rakan karib ku selain Sabri dan Aki...

12/12/2014, Nikah & 14/12/2014, Majlis Persandingan...
Alhamdulillah, jodohnya sudah tiba...
Masih baru rasanya, memori sewaktu kecil bermain sama-sama...
Macam tidak percaya, lelaki yang tersengih-sengih sedang bersanding malam tadi tu kawan zaman kecilku hingga dewasa kini...

Kepada Puan Masni, tolong jaga kawan kami ni sebaik yang mungkin...
Jika dia berbuat salah, tegurlah secara berhikmah...
Harap bersabarlah dengan karenahnya yang suka bergurau dan jarang serius...
Perangainya seolah-olah keanak-anakan, tapi percayalah dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab...

Tahniah Zul, kerana mendapat seorang Isteri yang baik dan memahami...
Manis dan lembut perawakannya...
Apa-apapun, air mata gembira menitis buatmu sahabatku...

Dengan doa semoga Allah memberikan berkah serta rahmat-Nya buat rumahtangga kalian hingga ke Syurga...

Selamat Pengantin Baru, Zul & Masni...
Barakallahu Lakuma Wabarakah 'Alaikuma Wajama'a Baina Kuma Fi Khair...













Selasa, September 02, 2014

Hari Sukan Merdeka Ladang Mostyn 2014


Assalamualaikum...
31hb Ogos 2014, Salam Kemerdekaan Ke-57 buat Malaysia...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...

Pada 31hb Ogos 2014 juga telah berlangsungnya Hari Sukan Merdeka, Ladang Mostyn 2014...
Yang merupakan come back semula acara sukan di ladang ini...
Penganjurannya terpaksa dihentikan sementara sebelum ini untuk 2-3 tahun kerana masih terkesan dengan sebuah tragedi yang tidak diingini telah berlaku...
Namun alhamdulillah, pada tahun ini Hari Sukan dapat dianjurkan semula bagi memenuhi permintaan ramai...

Banyak warna-warni indah yang ingin dikongsikan...
Namun tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan diceritakan seluruhnya...
Biarlah hanya gambar yang berbicara...

Apa-apapun terima kasih kepada Tuan Mohd Yusri (Senior Manager) Ladang Mostyn...
Atas kesudian meluluskan penganjuran Hari Sukan Merdeka tahun ini...
Sekaligus menjadi tunjang untuk menjayakan program ini...


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Eksekutif, Staff, dan seluruh warga kerja Ladang Mostyn atas kerjasama yang diberikan serta semangat yang ditunjukkan sepanjang program ini diadakan...
Daripada sebelum, semasa dan selepas...
Team Jamilah + Poco-Poco yang latihan setiap malam pun tidak dilupakan...
Semuanya Terbaikkk!!!

Insya Allah, segala kekurangan akan kita perbaiki sama-sama pada penganjuran yang akan datang...
Yang pasti, aku masih mau in-charge Bola Tampar lagi nanti...!!!
Hehehe...































































p/s: tengok balik gambar dan video, tough gilaaa aku! hahaha...