Subuh tadi, aku ada buka video2 di youtube...
Yalah, otak ni naik tepu pula asyik menghadap notes exam dari malam...
Jadi hibur2kan hati dengan video2 yang terpilih...
Tapi macam biasa, aku akan lebih tertarik untuk buka video yang mana channel tu aku subscribe...
Sampailah satu video sidang akhbar paling latest daripada seorang pemimpin politik ni...
Pengumuman yang dikatakan sebagai "tak nak kalah"...
Aku mendengar keseluruhannya, sampai satu tahap aku yang memang sedang cherry berry ni rasa mau muntah plak...
Pada pendapat peribadi aku, missions, vision, dan promises itu memang sudah sinonim dengan dunia politik...
Bukanlah politik namanya kalau tiada proses penanaman tebu, kan???
Cuma dalam taburan janji2 yang aku tengok kali ini...
Bagi mereka2 yang mudah makan janji, memang akan bagi respon "waaahhh! bestnyaaa!"...
Mereka yang "inginkan angin perubahan" pastinya akan 200% sokong!!!
Tapi, jika ditimbang berat ringannya, banyak yang cliche ada di situ...
Berjanji memang mudah, tapi macamana untuk laksanakan itu yang kita tidak tahu...
Lambat laun bila janji sangat payah untuk ditunaikan, mulalah back up plan akan keluar...
Apa back up plan nya???
Ahhaaa...Alasan putar alam namanya...
Daripada semua2 janji tu, aku tertarik pada satu part tu...
Bakal menubuhkan PetroSabah, PetroTerengganu dan sebagainya...
Hal ini untuk memulangkan ataupun memberi hak royalti yang tinggi kepada negeri2 pengeluar petroleum dan gas di Malaysia...
Tapi, tapi, tapi...
Bagi yang memang tinggal di negeri2 berkenaan pasti akan bahagia "kot"...
Aku sebenarnya dapat nampak, idea penubuhan itu memang bagus cumanya implikasi daripada itu akan menyebabkan seluruh negeri di Malaysia ni akan berpecah belah...
Sebabnya, untuk cover kos pembahagian royalti yang tinggi kepada negeri2 pengeluar petroleum dan gas tersebut...
Impaknya ialah, negeri2 lain yang bukan pengeluar bakal menghadapi harga minyak dan gas yang lebih tinggi berbanding negeri2 pengeluar...
Maka akan berlaku perbezaan harga bagi setiap negeri2 yang ada di Malaysia...
Justeru itu, kesamarataan yang dijanjikan pasti tidak akan tercapai...
Malahan hanya keberantakan dan perpecahan semata-mata...
Memandangkan sumber alam itu semakin kritikal dan berkurangan, pastinya demand akan mengatasi supply sekaligus pemanipulasian harga akan meninggi...
Bila hal2 bersangkut paut dengan duit dan janji2 ni, maka tidak hairanlah jika riot dan demo2 bakal menjadi santapan harian rakyat Malaysia kelak...
Aku tau aku bukan expert dan berkata bukan dari segi fakta ilmiah...
Sebab benda belum jadi pun lagi, jadi nampak macam ramalan semata-mata...
Tapi tidak salah untuk lontarkan pendapat peribadi berdasarkan logik, ilmu yang seciput, dan beberapa pengalaman yang berkaitan dengan penunaian janji ni, kan???
Sedangkan jadi MPP dalam kolej saja terasa payah untuk tunaikan janji dan tanggungjawab...
Inikan pula di peringkat nasional dan juga global...
Jadi, sementara belum jadi tulah kita dinasihatkan sentiasa agar berhati-hati...
Tiada penyakit, jangan cari penyakit...
Jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran...
Jangan sudah terhantuk, baru nak tengadah...
Apa yang penting, kita sama2 beringat untuk bersyukur dengan apa yang ada...
Asalkan cukup pakai makan, hidup selesa aman damai...
Jauh dari bencana dan peperangan...
Alhamdulillah lah...
Bak kata seorang junior aku, "janji2 ni semua gula2 politik..."
Perlu diingat, apa itu janji kerana tanggungjawab...
Apa pula janji meroyan kerana terdesak...
Ada bezanya disitu ye...
Jangan sampai kita percaya janji terdesak, kita pula yang tersedak...
Sakit ooo tersedak gula2...
Lebih2 lagi kalau gula2 hacks...
Huhuhu...
Jika mahu diterima kerana beralasankan angin perubahan pula...
Kadang2 angin perubahan itu indah jika sekadar sepoi2 bahasa, nyaman gitu...
Tapi kalau yang datang tu angin perubahan puting beliung macamana???
Meh lah kita sama2 nyanyikan lagu, "Rock You Like A Hurricane"...
Hahaha...
Sama2 kita renung2kan...
p/s: ini sekadar berkongsi pendapat peribadi...tapi pasti ada pihak yang butthurt, kan??? bak kata walter, "being politically correct is a pain in the ass"...