Jumaat, Disember 02, 2011

Sejenak Bersama Kitab Terfaktab



Hampir sebulan Kitab Terfaktab dalam simpanan, barulah ada masa untuk buat review...
Huhuhu...
So far, Alhamdulillah tidak mengecewakan...
Lebih-lebih lagi topik yang dikupaskan kebanyakan berkaitan rapat dengan sesiapa sahaja yang pernah terlibat dengan percintaan...
Macam-macam al-kisah bagaimana Terfaktab nya hidup dek kerana cinta...
Alih-alih, in the end semuanya pasti terpulang kepada hati individu itu sendiri untuk membentuk dan mencorakkan cinta itu...
Hehehe...

Bagi aku seorang yang dah hidup berombak badai dalam percintaan dengan manusia ni, paling menyentuh hati ku semestinya tulisan Hellioz, The BentPencil, Mr. K dan ShahirahKhairuddin...
Hehehe...
Kalau dulu-dulu mungkin terasa getaran hebat dengan tulisan Amoi dan Brader Leplep...
Tapi sekarang dah agak-agak dewasa sket lah kot, maju setapak lagi ke arah isu hubungan yang serius mungkin...
Namun tika dan saat ini, penulisan Aqram yang setepek kena dengan current situation aku lah...
Masa beli dulu belum rasa lagi, tapi dah sampai ke hari ni barulah masuk situasi tu...
Apa-apa pun, semua penulis Kitab Terfaktab sangat terbaeeek...!!!~
Teruskan usaha dan semoga penulisan kalian semua membuka satu lembaran baru yang paling cerah dalam mencelikkan si buta yang selalu membutakan mata daripada mengenali maksud cinta...
Bukan berniat nak mengagungkan cinta manusia yang sementara, namun cinta itu jika lebih dikenali maka kita pasti lebih cinta dan kasihkan pencipta alam semesta juga pencipta perasaan cinta itu sendiri, Dia lah Allah SWT...
Kerana semua yang kita rasa di dalam hati tidak akan hadir tanpa izin daripada-Nya...
Baik sebagai anugerah mahupun ujian...
Kita kenalah pandai mengolahnya dan menjaga batasan sejajar dengan hukum dan tuntutan agama, tau menilai baik buruknya...

By the way, katun-katun komik-komik lukisan penulis2 Terfaktab comel-comel belaka...
Pesanan saya, minta tebalkan lah sket kitab ni...
Sebab penulisan yang padat dan mungkin agak ringkas membuatkan kitab ni saya baca tak sampai sehari pun dah habis...
Hehehe...


"If you'd love to stay together longer than ever, try being tolerate to each other, that'd help." 
-Hellioz-

2 ulasan:

shahirahkhairudin berkata...

thanx for your support untuk terfaktab :)

Andi Rosnita Kandi berkata...

sama2...terima kasih juga untuk penulisan yg berkualiti drpd kalian... :D