Ahad, Oktober 23, 2011

Islam Semakin Ketandusan Pemimpin Yang Digeruni Barat


Sekali lagi, mood politik setempat dan dunia ku dicuit...
Darah yang selama ini mengalir tenang, tiba2 menggelegak mendidih...
Hati panas bila disajikan dengan sorakan kegembiraan rakyat dunia atas kematian Muammar Gaddafi...
Ada juga sebilangan rakyat Islam di Malaysia yang kononnya anti-diktator pun bersorak gembira sama...
Puihhh...!!!~ Shame on you...!!!~
Dasar pengikut membabi buta, tanpa menoleh kepada sejarah percaya bulat2 dengan permainan musuh Islam...
Dalam Malaysia ni sendiri aku sudah lama panas jek dengan penyokong2 revolusi negara...
Membangkang bukan main lagi, tapi still bergantung harap dengan MARA, JPA, PTPTN untuk meneruskan harapan masa depan masing2...
Aku bukanlah pro-kerajaan 100%, tetapi aku diajar oleh agama dan orang tua ku untuk kenal apa itu erti bersyukur...
Aku bersyukur selama 21 tahun aku hidup, Alhamdulillah sejahtera Malaysia ni...
Jika mahu dibandingkan dengan negara2 jiran yang lain, Malaysia lah antara negara yang paling beruntung sebab terlindung daripada pelbagai bencana alam berkala...
Itupun, masih ada yang tetap dengan "kebijaksanaan dan kemajuan pemikiran" mereka...
Yang ikut sangat kata nafsu dan akal egois, menjadikan kita semakin lama semakin kufur nikmat dan kufur hakikat...
Can u guys just please stop from want to make a revolution???
Why don't just you, we, and us sit together and build this country together to get a better look or a better flow???
Keganasan dan emosi tidak akan ke mana2 lah...
Hanya bawa kemusnahan dan i can't see the better part nya semua tu...
Haissshhh...

Di bawah ni aku copy+paste kan beberapa ledakan kecil emosi ku dalam laman sosial Twitter dan Facebook setelah aku penat menahan kata melihat kelantangan insan2 yang kononnya generasi muda yang bakal memajukan negara dengan membawa perubahan mentaliti kelas pertama...
Dan juga rasa sedih dan kecewa ku kerana mereka juga bersorak girang atas tumpasnya Muammar Gaddafi yang dicanang sebagai diktator...

Tempikan ku di laman Twitter :


"pembangkang...apa jek yg tak d bangkang??? bsyukur??? blkg cite kata mreka...even d libya yg xda bill elektrik pun gadaffi d gulingkan...apa jek lah msia ni??? bsyukur tu dah xda dlm kamus hdup mreka...skrg zaman dah tenat..sptutnya saf d rapatkan..bkn mncuba merobohkan..dgn kmatian gaddafi, Islam kian kehausan pemimpin yg lantang bsuara...mudah sungguh kta d perkudakan...ye2 jek kata israel tu, zionis ni...tp ttp amalkan bisikan mreka tu...kekerasan d utamakan, xda toleransi..trust me..klu krajaan yg sedia ada tdk d perkuat malahan d tumbangkn..aku yakin, masa tgh set up krajaan baru tu kta tgk sapa yg mnyelinap! aku emo??? sorylah, aku sdg berdukacita atas kmatian gaddafi...sama mcm sedihnya aku masa kmatian saddam...mati mreka d tgn musuh Islam...apa?? para pembangkang tu, depa pjuangkan nasib rakyat?? nak tegakkan Islam?? hukum hudud pun depa ajar salah..ada ka patut penzina kena sula?? astaghfirullah..semua tu berkepentingan jek tuh...fitnah mfitnah, gebang mgebang, poyo mpoyo..smua tu mainan rempah ratus politikus skrg..pstu bila ada mslh sosial, smua tduh mnuduh plak.."

Bebelan ku di laman Facebook :


"smua negara Islam sibuk nak tumbangkan pemimpin skrg...bajet dorang punya plan pemerintahan lagi bgus...kononnya lah...pdahal, xtau yg smua tu ada dalang d sbaliknya...Iraq dah jatuh, Libya dah masuk perangkap...Mesir sejak dlu lg Hosni d kambing hitamkan...Cubaan skrg nak musnahkan Ahmadinejad...Indonesia sibuk nak jatuhkan SBY selepas dulu dah singkirkan dgn mudah BJ Habibi...Malaysia??? Mana nak ketinggalan, sibuk nak revolusi jgk...mudah sgt d perkudakan, nak pbaharuan katanyeee...pbaharuan ye??? pbaharuan yg akan percepatkan lagi geng2 dajjal bersorak riang! tahniah para pemikir moden yg maju! aku sgt "suka" dgn generasi skrg yg berjuang dengan mbelakangkan sejarah...yg blh aku katakan, perjuangan mbuta tuli...maaf kalau terlalu offensive..."

Aku penat dan bosan tengok permainan orang-orang yang berkepentingan menggunakan kekayaan wang dan ilmu untuk meraih pengaruh dengan cara membodohkan orang lain...
Paling senang, yang ditadah dan menadah sama jek...
Semua ini percaturan rapi tangan hitam untuk menggulingkan negara2 Islam...
Sapa aku untuk bersuara???
Aku hanyalah pencinta kedamaian yang dibawa oleh nama Islam itu sendiri, "Salam" yang bermaksud "Sejahtera"...
Asas itu telah lama mengajar dan mendidik...
Cuma kita yang nak advance sangat, hingga terlupa dan buat2 tidak nampak dengan asas itu sendiri...
Sekali lagi, tolong tolong tolong sangat2...
Hentikan lah meracun minda masyarakat kita dengan permainan kata2 yang tiada kesudahan...
Sudah2lah membuka keaiban orang dan membuka pekung di dada...
As I said, why we don't just get together dan rapatkan saf perjuangan demi membela nasib Islam di dunia ni...
Aku tau, aku tidak mampu berbuat apa tapi sekurangnya aku juga punya harapan walaupun dengan rentak yang berlainan...
Membebel banyak pun tiada guna jika semua tetap sibuk memanjakan emosi dan ego masing2...

Al-Fatihah buat para pemimpin Islam yang telah jihad dalam memperjuangkan pemikiran radikal mereka demi menyelamatkan maruah Islam, namun kecundang dalam perangkap para tentera Dajal...
Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan insan2 yang dijanjikan syurga Allah...
Insya Allah, Aminnn...

Allayarham Yasser Arafat - Presiden Palestin 

Allayarham Saddam Hussein - Presiden Iraq

Allayarham Muammar Gaddafi - Presiden Libya


*semua orang sibuk meratapi kematian Steve Jobs, pengasas Apple...tapi aku sedih sebab sangat kurang yang turut menangisi penghinaan kejam terhadap mayat Gaddafi...semoga Allah memberkati roh para syuhada' dan merahmati serta terus memelihara Islam yang suci ini...maaf jika ada tersalah fakta atau tutur kata...aku insan cetek ilmu dan tidak pandai bermain dengan kata-kata...segala yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk tentulah daripada aku yang serba kekurangan ini...



sumber gambar : ihsan 'search google image'

1 ulasan:

jalsjalin@blogspot.com berkata...

Ya boleh......Thanks, Andi Wiwi. Kebaliran aliran Negatif yang menganjurkan pandangan dunia yang agak dogmatik adalah pergerakan menyoal sepanjang masa yang genting dan dianggap penting. Dan mereka ini adalah golongan skeptikal, mereka ini yang mengwujudkan nasionalisme baru dengan mengambil suatu fahaman dari islam lalu dirangsang semula. Yang sebenarnya ia telah mengwujudkan semula politik wilayah dan puak. Saya tidak mahu menyebutkan mazhab itu tapi yang pasti ia cuba menulenkan agama Islam dan sebenarnya mereka ini adalah fundamentalisme.......Ada masa saya sambung ya cik Wiwi.