Tebiat Jet Lag ku datang lagi...
Sekarang sudah jam 5.11 pagi tapi aku masih belum tidur...
Kesian badan, otak dan mataku ni ndak berehat seharian, kesian...
Huhuhu...
Kebiasaannya bila tidak boleh tidur time2 begini mula lah segala kenangan lalu mengusik jiwa kembali...
Kali ni tidak tahu kenapa cepat jek tangan ku klik ruangan Group SMK Kunak...
Buka2 jek, aku nampak gambar seorang insan yang aku hormati sampai saat ini...
Yeah, My Greatest and Cutest Coach...
CIKGU SHUKARI...!!!~
Melihat gambar cikgu shukari, aku terimbas kembali ke tahun 2007...
Zaman kegemilangan ku dalam arena sukan...
Buat pertama kalinya aku diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam acara lempar cakera setelah sekian lama berjinak-jinak dengan peluru sahaja...
(ehemmm...aku yang cikai lontar peluru pun juara daerah tau...hahaha...)
Alhamdulillah, rezeki pandangan yang ada pada cikgu shukari membawa aku lebih jauh...
Kepercayaan yang diberikan telah mengangkat semangatku untuk meraih gelaran Johan pada peringkat sukan gabungan menewaskan beberapa wakil peringkat negeri yang lainnya...
Hohoho...
Tiada siapa sangka, tiada siapa menduga termasuk aku sendiri yang aku mampu memecahkan rekod lama sukan gabungan yang dicipta oleh senior merangkap rakan seperjuangan ku sendiri...
Aku pun tidak percaya aku boleh jadi johan waktu itu, bila khabar sampai ke pengetahuan Cikgu Shukari yang berada di arena balapan, jelas kegembiraan terpancar jelas pada riak wajah beliau bersama rakan2 kontinjen ku yang lain...
Huhuhu...
Rezeki kami pada tahun itu, SMK Kunak telah mengungguli kejohanan dengan menjadi juara keseluruhan menewaskan musuh tradisi SMK Desa Kencana sekaligus menjadikan 2/3 atlet yang ke peringkat negeri merupakan atlet2 daripada SMK Kunak...
MSS Sabah di Kudat mencatat pelbagai sejarah yang tersendiri kepada diriku...
Salah satunya, kapel dengan atlet acara berat negeri iaitu Danilo dari sekolah sebelah...
Wahahaha...
Budak2 atlet memang begitu, asalkan keluar mesti ada yang terkapel...
Biasanya ikut acara masing-masing lah...
Hohoho...
Aku hanya admire dia sebab semangat dan skill yang dia ada dalam menguasai acara lempar cakera dan lontar peluru menampakkan dia sebati dengan dua benda tu...
Dia juga merangkap sifu ku dalam menguasai beberapa teknik melempar cakera...
(masa training, belum kapel lagi...lepas habis sukan baru terkapel...hehehe...)
Aku teringin sangat-sangat dapat buat lemparan yang "rotation" tu...
Cumanya, rezeki ku hanya sampai di tahap negeri tu saja...
Keadaan kesihatan semasa pertandingan tidak berapa mengizinkan dimana tangan asyik berpeluh membuatkan lemparan semuanya kurang menjadi...
Aku fed up, aku marah...!!!~
Semenjak itu, cakera dan track tidak lagi menjadi temanku...
Kecewa dengan diri sendiri dan mungkin menyalahkan kondisi ku waktu itu...
Sudahnya, aku stop sukan serta merta dan "say hello" to flabby tummy and flabby arms...!!!~
(kalau p SAGA kan bagus, mesti aku boleh buat rotation tu at least sekali...)
Huhuhu...
Apa2pun, aku sangat-sangat rindukan saat-saat latihan setiap hari bersama rakan2 seperjuangan...
Padang, ring, dan gym menjadi medan perjuangan dan gelak ketawa kami...
Berapa banyak peluh yang tumpah di sana, banyak lagi lemak yang tercipta sekarang...
Hahaha...
Really miss those time dan rugi sungguh AKU TIADA SATU PUN GAMBAR WAKTU TU...!!!~
Aaarrrggghhh...!!!~
Padan muka aku, sapa suruh tidak jadi cam-whore dulu???
Hahaha...
Sekali lagi, terima kasih kepada semua jurulatih, kawan2, dan semua yang terlibat dan mempercayai aku mampu sampai ke peringkat itu...
Mungkin aku mampu pergi jauh lagi tapi semangat ku mudah luntur pada waktu yang tidak sepatutnya...
Sekarang barulah ada terbit sedikit sesalan kerana sikap mudah putus asa ku dulu...
Aku rindu, aku sayang, dan aku ingin sangat2 balik menjadi atlet lempar cakera kembali...
Rekod peribadi sejauh 35 meter belum cukup memuaskan hati hingga kini...
LEMPAR CAKERA, Aku Rinduuu...!!!~
|
(bukan aku! aku tiada gambar langsung dengan cakera! uwaaa...!!!) |
Koleksi Foto Curik Daripada Cikgu Fairuz...Hehehe...Thanks, Cikgu...!!!~
|
Ring Discus inilah yang menjadi teman seharian ku dulu... (p/s: itu bukan aku! sbb lemparannya out! hahaha...) |
|
Coach Mide |
|
Coach Muluk |
|
Chief penjaga masa, Cikgu Rahman... |
|
Sentiasa Cool, Cikgu Azli (adik Uncle Zai...!!!~ hehehe...) |
|
The one and only, Coach Ramli peneraju terhebat Rumah Sukan Raja Udang...!!!~ |
|
Setelah dua tahun kepergianku, SMK Kunak telah mencatat rekod dengan melakukan larian relay 40x400 selama 120 jam tanpa henti...Congrats, adik2 semua...!!!~ |