"I Can't Sleep...Worry About Some People...Yaa Allah, Lindungi Mereka...Harap Tiada Apa2 Yg Buruk Menimpa Mereka...Peliharalah Kesihatan Mreka, Yaa Allah..."
Atas tu status ku yang paling latest di FB dan juga status lebih kurang sama di Twitter...
Aku tidak tau...
Sejak 2 minggu kebelakangan ni, aku rasa risau yang pelik...
Masak pun lauk semuanya masin2, walhal sebelum ni semua biasanya ok...
Aku sering risaukan beberapa orang rakan dan sahabat...
Naluri mengatakan ada yang tidak kena dengan kesihatan mereka...
Lebih-lebih lagi, kurang khabar yang ku terima semenjak kami berpisah...
Menguatkan lagi kerisauan di hati...
Namun, sebagai sahabat aku tidak mahu risau kepada perkara yang bukan2...
Aku sepatutnya doakan yang terbaik buat mereka...
Semoga Allah meletakkan kesihatan yang sebaiknya agar mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah dan berjalan lebih lancar...
Yaa Allah, peliharalah sahabat2 ku...
Permudahkan lah mereka untuk menyesuaikan diri di negeri orang...
Berkati hidup mereka, Yaa Allah...
Berikanlah mereka kesihatan ditahap yang terbaik...
Mereka sahabatku, kesakitan pernah bersatu denganku suatu ketika dulu...
Aku tidak mahu dan tidak sanggup mereka merasakan siksanya...
Begitu juga buat keluargaku...
Lindungi lah semua orang2 yang aku sayang...
Kepada-Mu sahaja aku meminta...
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Guys, I Miss You All...!!!~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan