Jumaat, Mei 11, 2018

PRU-14 Kami Berlapang Dada Demi Malaysia Tercinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sudah lama aku tidak bermadah...
Fasa hidup baru membuatkan time management ku sedikit kalut...
Insya Allah, masih dalam penambahbaikan...

Setelah lima (5) tahun...
Kini ia kembali lagi, Pilihan Raya Umum...
PRU kali ini ialah yang ke-14...
Ini merupakan PRU yang kedua aku mengundi...
Alhamdulillah, sokongan masih tetap sama untuk keduanya...

Kita bercerita kini soal kemenangan bergaya Pakatan Harapan...
Satu kemenangan buat seluruh rakyat Malaysia...
Yang selama ini mengimpikan untuk terlepas daripada genggaman kerajaan GST di bawah pemerintahan Pengerusi Barisan Nasional...

Umum tahu, aku sekeluarga sememangnya jentera di bendera biru tua...
Tapi ini tidak bermakna kami bersetuju dan berkenan dengan pemerintahan kerajaan GST...
Terlalu banyak salah laku dan ketidakpuasan hati kami kepada pemerintah itu...
Cuma kami mengambil pendekatan kekal di bendera biru tua ini atas dasar kasih sayang kepada parti yang terlalu banyak berjasa sebelum ini...
Sekaligus berharap jika diizinkan memerintah semula, si bapak GST itu akan kami singkirkan dengan cari demokrasi dalam parti sewaktu pemilihan Presiden UMNO kelak...

Namun, kami akur dan redha...
Ini pilihan rakyat yang sudah jelak dengan tekanan kerajaan GST...
Termasuk kami...
Berdirinya kami di bendera biru tua ini...
Bukan bererti kami tidak mahu perjuangkan nasib rakyat yang tertindas...
Kami hanyalah menjalankan tanggungjawab atas dasar terhutang budi kepada parti pemerintah yang sudah banyak berjasa kepada kami di PDM Mostyn, khususnya masyarakat Bugis...
UMNO melayan kami seumpama saudara kandung, tiada sentimen perkauman dihidupkan macam segelintir parti dalam Sabah ini...

Perjuangan kami hanya kerana sayangkan parti keramat ini...
Jadi janganlah kami dilabel sebagai pejuang kerjaan GST kerana kami juga sama seperti kalian yang setia pada parti...
Jangan disalahkan parti ini, kerana UMNO/BN lah yang telah dinaungi oleh Tunku Abd Rahman dalam memerdekakan Malaya serta parti ini jugalah yang dipacu oleh YAB Perdana Menteri kita yang baru, Tun Dr. Mahathir dalam memodenkan Malaysia...
Mohon jangan salahkan kami yang setia pada parti, mohon jangan disalahkan parti ini...

Punca kesesakan hidup kita semua bukan sebab parti, tapi sebab pemerintah yang gagal...
Menunggang parti untuk kepentingan peribadi dan membuat keputusan terburuk dalam Malaysia dengan implementasi GST atas kapasiti parti...
Kalau dia bukan anak mantan Perdana Menteri Malaysia, rasanya sejak awal lagi tiada siapa yang mahu calonkan dia untuk menduduki kerusi empuk itu...
Mungkin dia pun terpaksa terkapus-kapus untuk naik ke atas memandangkan sebelum bergelar Perdana Menteri lagi sudah pelbagai skandal memalitkan namanya...

Apa-apapun...
Sekali lagi kami memohon jutaan kemaafan kepada parti lain yang tidak seperahu dengan kami...
Perjuangan kita sama, mahu melihat Malaysia kekal sejahtera...
Perjuangan kami bukanlah perjuangan individu, tapi lebih kepada perjuangan parti keramat ini...
Jadi jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...
Anggap sajalah kami ini di belanga yang lain, tidak terpalit dengan nila tersebut...

PDM Mostyn menyumbang kemenangan kepada calon-calon BN...
Tapi tidak menjamin kemenangan secara menyeluruh buat DUN dan Parlimen...
Kedua-duanya tumbang di peti undi PDM-PDM lain...

Berlinang air mataku saat melihat kesedihan Etta dan Uncle Zai saat mengetahui BN tewas di daerah Kunak...
Sayang kami kepada calonnya, Datuk Nilwan Kabang bukan kerana balaci...
Tapi beliau telah memberi personal touch kepada kami sekeluarga...
Beliau seumpama abang sulung kepada Etta dan Uncle Zai...
Sangat humble dan bersederhana sewaktu membuat kunjungan ke rumah...
Duduk makan bersila di lantai tanpa sebarang protokol...
Itulah Datuk Nilwan...
Namun apakan daya, pilihan rakyat terpaksa kami akur...
Walaupun Datuk Nilwan bukan lagi pemimpin Kunak, kami sekeluarga tetap menganggap beliau sebagai sebahagian keluarga besar kami...

Dengan kekalahan UMNO/BN di kunak yang diwakili oleh Etta dan Uncle Zai...
Amat ditangisi oleh mereka berdua...
Bukan kerana kedudukan, tetapi mereka tidak dapat lagi memberikan khidmat bakti buat masyarakat yang memerlukan...
Terutamanya anak-anak Bugis yang ingin melanjutkan pelajaran...
Etta tidak tahu macam mana mahu jawab kalau ada ibu bapa yang datang untuk minta cop dan tandatangan pengesahan pada borang anak-anak mereka...

Sungguh, perjuangan Etta dan Uncle Zai adalah perjuangan masyarakat, sangat murni...
Sampai ke saat ini, air mataku pasti bergenang saat mengenang wajah sugul keduanya yang ibarat kehilangan kudrat untuk berkhidmat buat masyarakat setempat...
Aku cuma mampu menasihati keduanya...
Mungkin ada hikmah buat kita, sama seperti Tok Mat Negeri Sembilan...
Tiba masa untuk kita berehat setelah berpuluh tahun berkhidmat buat masyarakat...
Ini waktunya untuk bagi peluang pula orang lain berkhidmat buat kita...

Tahniah buat Pakatan Harapan, selamat bekerja buat Rakyat Malaysia...
Welcome back Asian Tiger, Tun Dr. Mahathir Mohamad...
A new history has been made in Malaysia...
Hebatkan semula Negaraku, we have trust in you...