Isnin, November 30, 2015

Berhujung Minggu Bersama Tersayang - Bukit Tengkorak Semporna


15hb November 2015...
Aku, En. Yusari, Uncle Zai dan Izan meluangkan masa hujung minggu dengan menikmati keindahan alam semulajadi dan sejarah di Semporna...
Pendakian Bukit Tengkorak amatlah menguji aku yang kian membulat ini...
Huhuhu...

Kebelakangan ini simptom-simptom Mr. Vertigo mahu kembali semakin rancak...
Justeru, atas nasihat My Tan Sri dan my kembar-lain-mak-lain-bapak, aku gigihlah juga panjat Bukit Tengkorak setinggi 500 kaki tu menggantikan Bukit Broga...
Sebab seingat aku dan Cik Tika Md Jani, lepas aku naik Bukit Broga masa serangan vertigo a few years ago, kesihatanku semakin beransur baik...
Alhamdulillah, lepas naik Bukit Tengkorak aku dapat rasa kesan yang sama masa lepas naik Broga dulu...
Pening-pening, pandangan berpinar dan urat leher tegang tu, berkurangan sudah...

Thanks Uncle Zai yang sudi drive dan temankan buat fitness sama-sama...
Thank Izan sebab bagi Auntie Wiwi motivasi dengan cara "baru sampai sini, sudah setengah mati? ndak fit langsung lah Auntie Wie..."
And I was like, "hamboiii budak ni, mencabar nampak!" 
Hahaha...
Thanks jugak En. Yusari, My Tan Sri sebab sudi support dari segala segi...
Sikap ambil berat dan sayang itulah yang melembutkan kedegilanku ini...
Sebab kalau ikutkan hati, memang tidur saja yang aku fikir untuk hilangkan sakit tu...
Hehehe...

Well, thanks everyone!
Thanks Allah for the great scenery and memorable knowledge with experience...
Insya Allah, will come back here soon...
Maybe will bring our little ahli-keluarga-baru...
Who knows, Insya Allah... :)






















**************************************************************



SEJARAH BUKIT TENGKORAK, 3000 TAHUN
(Sumber: www.heritage.gov.my)

Merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer persegi. Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara hasil dari peyelidikan arkeologi yang menunjukkan Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.

Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak. Sumber tanah liat bagi pembuatan tembikar tersebut juga turut ditemui. Kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3000 tahun dahulu.

Tapak pembuatan tembikar ini mempunyai hubungan antara masyarakat tempatan dengan pedagang-pedagang dari sekitar bahagian laut Andaman. Bukit Tengkorak memberi bukti perdagangan laut prasejarah dan pergerakan manusia yang terpanjang di dunia pada 3,000 tahun dahulu.




Reunion 4 & 5 Science SMK Kunak, Class of 2006-2007


Assalamualaikum dan selamat pagi...
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nafas untuk aku terus hidup dan menghirup udara pinjaman dari-Nya...
Salam kembali setelah lama menyepi dek "perasan sibuk" sejak kebelakangan ini...

14hb November 2015...
Hari yang telah dirancang sejak 8 tahun lalu kini tiba...
Reunion 4&5 Science SMK Kunak...
Class of 2006-2007...

Pertama sekali, jutaan maaf buat semua sahabat kerana tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang telah dirancang...
Tugasan sebagai main organizer terpaksa dilepaskan kepada orang lain...
Komitmen kerja betul-betul buatkan hidupku terutamanya time management ke laut...
Malahan bukan setakat untuk mengurus, majlis ini pun hampir-hampir aku tidak dapat datang...

13hb - 17hb November 2015...
Aku sepatutnya dijadualkan sedang berada di KL...
Tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, rancangan tersebut dibatalkan di saat-saat akhir...
Aku jadi malu untuk hadir majlis reunion tu jugak sebab tempahan tempat duduk sudah ditetapkan tanpa aku dalam senarai...
Tapi hasil pujukan dan ugutan Indo Nanna (main organizer - ganti aku), aku akur akhirnya...
Dengan pakaian tiada yang boleh dipakai untuk ikut tema...
Redah saja lah, buat muka tebal...

Bertemakan Vintage, walaupun tidaklah seberapa vintage pun (terutamanya aku)...
Tapi kenangan dan orang-orang yang hadir tu sebenarnya yang vintage...
Reunion ni simple tapi sangat berharga...
Malahan tidak puas, sebab bukan selalu dapat jumpa semua kawan-kawan sekelas...
Mana yang sanggup turun dari KK-Labuan terutamanya Teacher Cath, sangatlah dihargai...

Aku salute lah dengan Indo Nanna dan team organizer lain atas usaha gigih diorang semua...
Arrangement last minute pun diorang masih boleh handle...
(*clap..clap..clap*)

Apa-apapun...
Terima kasih dan maaf atas segalanya...
Insya Allah, Reunion 2020 akan aku ambil balik tampuk main organizer tu...
Konsep dan tema yang baru, akan aku atur sebaik mungkin...

Terima kasih kepada teman seperjalanan ke tempat event...
Mardiyana (pergi dan balik)...
Aki (balik sahaja)...
Memandu ke Tawau tanpa family tersangatlah merisaukan mamaku...
Lebih-lebih lagi memandu waktu malam...
Tapi Alhamdulillah, we made it...

Insya Allah, ada rezki dan umur yang panjang...
Kita akan jumpa post-reunion di majlis resepsi Elkie & Juvita pada 13hb Disember ini...
Kemudian, semoga Allah rezkikan kita semua untuk bertemu semula pada Reunion 2020 nanti...
Insya Allah...

Beautiful Ladies
Risma, Mardiyana and Me
Ralat pada tajuk reunion (tdk lgkap). Tapi tukar-tukar hadiah tu yang penting
Again, Beautiful & Sweet Ladies
Pelukan rindu buat Mrs Cath - Guru Kelas
Hey Again! Beautiful Ladies in da house
Us! Orang yang hadir tu sedikit tapi gamat!
Penghormatan diberikan untuk sampaikan sepatah dua kata. Ambil kesempatan ucapkan jutaan kemaafan dan sekalung penghargaan
Rewind - English Class by Teacher Cath
Cupcakes Time!
Hamboiii... ;p
Yeah! Ucapan yang paling ditunggu! Ketua Kelas yang disayangi, Amran...
Sesi tukar-tukar hadiah
Gambar Kelas katanyaaa
Tiga orang photo-bomb di tepi tu, rasa mau dibom! Hahaha...
Memories... Thanks kepada suami/pasangan yang ikut sporting...
Ramai yang jakun waktu ni. Hahaha...
Abang-abang SADO...
Thanks... :D

THOSE WERE THE DAYS
(Recorded in 1968 by Mary Hopkin, 2005 by Dolly Parton)

Those were the days my friend...
We thought they'd never end...
We'd sing and dance forever and a day...
We'd live the life we choose...
We'd fight and never lose...
For we were young and sure to have our way...
Those were the days, oh yes those were the days...