Khamis, Oktober 22, 2015

Selamat Jalan...Muktar Bin Umar...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sayup dan suram suasana menyelubungi Daerah Kunak...
Dek kerana jerebu satu hal...
Tapi yang paling penting, Kunak seolah-olah turut meratapi pemergian seorang insan yang perawakannya persis seindah dan seceria mentari pagi...

Saudara Muktar Bin Umar...
Sejujurnya, I have no idea who is he...
Tidak kenal nama, tidak kenal rupa tapi pemergiannya turut aku rasai kesedihan itu...
Siapa dia sebenarnya?

Beberapa hari sebelum ini group whatsapp yang aku sertai dibanjiri dengan mesej-mesej kesedihan kerana orang yang bernama Muktar ini sedang kritikal koma di Wad ICU...
Semua yang mengenalinya tidak putus-putus menghamburkan kata-kata semangat untuk menyedapkan hati sendiri menutupi kerisauan dalam diri...
Doa yang dipanjatkan amat deras dipohon kepada-Nya...

"Selamatkanlah dia Ya Allah, selamatkanlah Muktar Bin Umar...
Kami amat menyayanginya, dia insan yang terhebat pernah kami kenali..."

Namun...
Kasih sayang manusia tidak akan pernah mampu melawan kasih sayang Allah...
Muktar dijemput juga kembali kepada-Nya...
Setelah lebih kurang tiga hari bertarung dalam koma...
Pada 20hb Oktober 2015, pukul 1.05 tengah hari Allah telah menjemputnya pulang...

Muktar disuspek mengalami pendarahan otak sebagai punca kepada keadaannya itu..
Kebergantungannya hanya pada bantuan alat pernafasan dan ianya terpaksa dihentikan kerana 'brain death' yang dialami Muktar gagal memberikan respon pada imbasan otak yang dijalankan oleh para doktor pakar Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang...

Aku yakin, sewaktu berita pemergian Muktar disahkan...
Seluruh insan yang mengenalinya baik sanak saudara, sahabat handai mahupun kenalan cuma, akan pasti menitiskan air mata...
Tidak ketinggalan juga kesedihan turut dirasakan oleh sepupu-sepupu dan rakan-rakanku yang mengenalinya...
Aku? Aku langsung tidak mengenali siapa dia???
Tetapi, cukup dengan kesedihan orang lain untuknya mampu menyentap benakku...

Pada seawal pagi 21hb Oktober 2015...
Jenazah Allayarham Muktar diterbangkan dari KLIA untuk kembali ke kampung halamannya, Kg. Jaya baru Kunak...
Aku diberikan rezeki semasa memandu untuk berselisih dengan rombongan yang mengiringi jenazah, di bulatan Hospital Kunak...
Tanpa aku sedari, aku tiba-tiba sebak dan tanpa disangka-sangka air mataku mengalir...
Kesedihan yang sama aku rasakan sewaktu aku terima berita pemergian sahabatku, Tengku Nazri aka Nas dulu...

Pada masa itu aku sedar bahawa insan bernama Muktar ini, he's such a great guy semasa hayatnya...
Kasih sayang manusia kepadanya cukup hebat!
Sehinggakan aura kebaikannya dapat aku rasakan dan kehilangannya turut membuatku sebak walaupun aku langsung tidak mengenalinya...

Dia tidak perlu menjadi seorang Wakil Rakyat mahupun Selebriti terkenal...
Cukup sekadar dengan senyuman dan kebaikannya...
Pemergiannya diratapi oleh segenap jumlah manusia yang mengasihinya...

Innaalillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'un...
Selamat jalan, Muktar Bin Umar...
Damailah dalam pelukan kasih sayang Allah...
Semoga Dia meletakkanmu dalam kalangan orang-orang yang beriman...
Insya Allah, Amin...

*Al-Fatihah*




p/s: sumber maklumat dan gambar daripada ihsan Rohana Abd. Fikkah & Jumat Mat Saleh...