Assalamualaikum...
Selamat bertemu kembali, kepada semua...
Semenjak dua menjak ni, normallah kan orang kerja ni perasan busy...
Hehehe...
Keinginan untuk menukilkan sesuatu di dalam blog kesayangan ni memang setiap masa ada...
Tapi dek kerana otak ni sudah digunakan hampir 90% setiap hari untuk kerja...
Telah menyebabkan aku kekeringan ayat untuk dipahatkan...
Apa-apapun, demi menjamin kenangan dapat dicatatkan...
Aku ingin berkongsi update ter'latest' aku selain daripada kerja, kerja, dan kerja...
Sebenarnya update terbaru ni pun pasal kerja jugak...
Cuma yang ini lebih santai sikit...
Hehehe...
Atas permintaan ramai dan faktor keluarga, aku akhirnya bersetuju untuk mula ajar tuisyen balik...
Tapi tuisyen ni khas untuk murid-murid UPSR sahaja...
Bukan tidak mahu berkongsi ilmu dengan pelajar PT3 dan SPM...
Namun disebabkan kemudahan fasiliti ku yang terhad, maka cukuplah budak-budak UPSR jek dulu...
Aku ajar ni pun sebab Izan...
Kenal Izan? Anak buahku yang tahun ni sudah bergelar murid Tahun Enam...
Aku mulakan kelas tuisyen UPSR pada 2hb Februari 2015...
Alhamdulillah, setakat ni ada 10 orang murid yang berminat untuk berkongsi ilmu dengan aku...
Hehehe...
Siang aku kerja, malam dan hujung minggu aku ajar tuisyen...
Mula-mula jadual aku selang-selikan skip sehari2...
Tapi terpaksa dibuat setiap hari (malam) sebab 10 orang tu aku pecahkan kepada dua team...
Supaya ilmu dapat disampaikan dengan lebih telus kepada budak-budak ni...
Ramai sangat dalam satu masa akan buatkan aku tidak dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada semua sekaligus...
Selain daripada kelas belajar itu dan ini pasal subjek ikut silibus terkini...
Aku juga ada buat aktiviti tambahan setiap minggu...
Seperti hafalan surah-surah lazim dan doa-doa, menghafal cerita, kuiz, tele-match, dan lain-lain aktiviti sebagai riadah dan psychology development...
Antara yang terbaru, aktiviti mandi-manda di Mongkok Water Spring...
Sekalian buat makan-makan sempena kemenangan pasukan SK Mostyn dalam Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Kunak...
Gembira betul budak-budak ni dapat jumpa air, melompat, menyelam, bermain, dan lain-lain...
Aku pun tumpang gembira sekali walaupun tidak dapat mandi...
Hehehe...
Harap-harap, diorang ni semua berjaya dalam UPSR...
Tapi yang paling penting menjadi orang yang berjaya untuk agama, keluarga dan negara pada masa akan datang...
Insya Allah...
Enough with words...
Aku kongsikan untuk tatapan bersama, memori awal-awal sesi bersama "anak-anak murid" UPSR ku...
Padah Datang Lambat. Hehehe... |
Ice Breaking Session |
Solat Isyak Berjemaah Sebelum Mula Belajar |
Padah Datang Lambat Hari Kedua |
Sesi Jawab Latihan Matematik |
Hadir Menyokong Pasukan SK Mostyn di Padang Pekan Kunak |
SK Mostyn vs SK Madai |
They're The Winner! |
Mandi-Manda Di Mata Air Mongkok (Tohunsug) |
"Get Set, JUMP!!!" |
My cousin (Ica Selamat) ikut sekali ke Mata Air |
Action Lebih |
They're Happy, I'm Happy Too |