(Gambar Hiasan. Terima Kasih Kepada Tuan Punya Gambar)
Tengok gambar katak duduk tercangkung bawah tempurung tu???
Haaa...
Bos aku kata, aku ni plak duduk bawah katak tu...
Hahaha...
Dijadikan cerita...
Kemarin (semalam bagi semenanjung) ada visit dari Sinoh Environmental...
Tujuannya untuk tengok kepatuhan ladang dalam menjaga kawasan sensitif alam sekitar...
Semua eksekutif terlibat ikut sekali visit tu termasuk bos dan wakil Sinoh...
Aku pun tidak terkecuali...
Destinasi pertama ialah Terowong Jepun...
Terowong ni dikatakan tinggalan oleh Tentera Jepun berpuluh tahun lalu...
Zaman Perang Dunia Kedua kalau aku tidak silap...
Disebabkan ia merupakan tinggalan sejarah, maka kawasan ni sudah diwartakan sebagai kawasan sensitif arkeologi...
Bila sudah jadi kawasan sensitif, sebarang penanaman atau aktiviti pembangunan yang mengganggu struktur kawasan sangat-sangat dilarang, terutamanya penanaman kelapa sawit...
Masa di kawasan Terowong ni lah...
Eksekutif lain dengan wakil Sinoh pusing-pusing tengok sekeliling...
Aku dengan Bos plak tunggu depan terowong...
Masa tulah Bos tanya aku...
Bos : "Kau dah pernah datang sini?"
Aku : "Baru pertama kali masa buat marking buffer zone 2 bulan lepas, tuan"
Bos : "Kau memang orang lahir sini besar sini kan?"
Aku : "Ye, tapi mak saya tak pernah bagi saya datang sini"
Bos : "Apsal?"
Aku : "Ntah. Dia memang tak bagi. Saya dulu duduk rumah jek."
Bos : "Water Spring dah pegi dulu?"
Aku : "Dulu tak, baru jek dalam setahun dua ni lah saya pegi dengan family dan semenjak kerja sini"
Bos : "Kat Lumpur Panas Binuang dengan Air Panas Sungang plak?"
Aku : "Langsung tak pernah pegi lagi"
Bos : "Alahai kau ni. Kata orang sini, lahir sini, besar sini. Tapi semua benda tak pernah pegi. Dok pegi belajar jauh-jauh, alih-alih balik sini balik jugak. Aku tak faham lah kau ni. Dah dalam tempat lahir kau sendiri kau tak pernah nak jejak, aku rasa kau ni buka setakat katak bawah tempurung lagi dah. Tapi kau yang duduk bawah katak tu."
Aku : "(Ketawa) Semua orang memang takkan faham tuan. Sebab bukan semua orang ada parents macam parents saya. Terutamanya mak saya. She's over-protective. Semua ada hikmah ni, tuan. Rasanya tak salah ikut jek cakap orang tua, kan?"
Bos : "(Senyum jek mampu) Yelah tu andi... Pandai-pandai lah kau bawak hidup kau bila mak ayah ngko dah takde nanti."
Cerita ni ibarat kau tinggal di Kampung Baru di Kolompo tu, tapi kau tidak pernah jejak kaki di KL Twin Tower...
Haaa...
Lebih kurang macam tulah perumpamaannya cerita ku ni...
Orang luar termasuk dari Jepun berpusu-pusu datang dari jauh semata-mata untuk lawat tempat-tempat best di Mostyn ni...
Tapi aku plak, hanya tau tempat tu berdasarkan cerita orang sahaja...
Kesian, kesian, kesian...
Sebab tulah bos kata aku ni duduk bawah katak yang bawah tempurung tu...
Hahaha...
Semua tu ada sebab...
Aku tidak pernah datang melawat tempat-tempat tu pun bersebab...
Sebab mak aku tidak bagi...
Kenapa dia tidak bagi tu, alasan yang mak bagi lebih kepada faktor keselamatan...
Aku pun malas lah mau berdebat hal larang melarang ni...
Apa yang aku tau, dulu aku dilarang pergi tapi sekarang tidak lagi...
Sebab tanggungjawab kerja menuntut aku untuk mesti datang ke tempat-tempat tu...
Antaranya Terowong Jepun, Mata Air Mongkok, dan semualah kawasan ladang ni...
Bukan setakat duduk melanguk jek di ofis...
Hahaha...
Apa-apapun, I Love You Mak!!! :)
p/s : aku tau, aku tau. aku sudah gemok balik! huh!