19hb Februari 2013 telah menggenapkan usia aku yang mencecah 23 tahun...
Hmmm...
Cepatnya masa berlalu...
Umur makin bertambah, tapi ilmu dan amal...
Setakat takat-takat standard jek...
Huhuhu...
Apa-apapun, terima kasih buat keluarga yang sentiasa ada di sisi...
Menjaga, mendidik, dan membesarkan aku dengan penuh kesempurnaan hingga ke saat ini...
Terima kasih Ya Allah, kerana sentiasa merahmati setiap langkah kaki ku...
Terima kasih kawan-kawan yang ada waktu susah dan senang ku...
Baik yang di Malaysia, di US, mahupun di mana sahaja...
Terima kasih kepada semua yang ada dalam setiap ukiran sejarah hidupku...
Tanpa anda, siapalah daku...
Hari ulang tahun pada tahun ini, ada sedikit perbezaan daripada tahun-tahun sebelumnya...
Prank-prank tu sudah lama terkubur dalam takuk tanpa kematangan...
Mereka meraikan aku dengan penuh kesopanan dan makanan...
Hehehe...
Malam menjelang 19hb Februari, aku menerima hadiah yang un-expected daripada Aqie dan Alif Azman (oh, Alif yang ni junior baru)...
Hehehe...
Terkejut jugak bila dapat hadiah, Kitab Terfaktab 3 (Sarkastik Cinta) yang baru sahaja keluar di pasaran beberapa hari lalu...
Memang aku ada niat untuk beli buku tu, tapi bukan dalam masa terdekat ni...
Bila tengok Aqie bagi buku tu, waaahhh...
Terharuuu!
Dengan adanya Kitab Terfaktab 3 ni, telah melengkapkan koleksi tiga edisi Kitab Terfaktab yang sudah diterbitkan dalam simpanan ku...
Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti, Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal, dan yang ketiga ni Kitab Terfaktab Sarkastik Cinta...
Aku bukannya ulat buku sangat pun, tapi aku lebih suka baca bahan bacaan yang ringan tapi berisi...
So, penulisan dalam Kitab Terfaktab dan buku-buku yang sama waktu dengannya menjadi antara pilihanku...
Di samping Kitab Terfaktab 3, ada sekali wallet Timberland pilihan Alif Azman...
Katanya, wallet Levi's aku sekarang dah lusuh sangat...
Memang pun, maklumlah sudah 12 tahun aku guna wallet tu...
Banyak jasa wallet tu dengan aku...
Wallet pertama aku tu...
Huhuhu...
Kemudian tengahari 19hb aku dibelanja makan KFC plak oleh Aqie...
Kami pergi bertiga, Aku Aqie dan Alif naik kereta Alif...
Alhamdulillah, murah rezeki ku semoga murah juga rezeki kalian pada hari mendatang...
Apa-apapun, terima kasih Aqie dan Alif...
Tidak cukup dengan itu, petang 19hb pula aku terima sms daripada seorang lagi adik junior aku, Afiq Ramlan yang tanya aku free ka tidak malam lepas Maghrib...
Aku ingatkan dia mau minta tolong study...
Rupanya mau ajak keluar makan malam di HR Steak House, Kg Baru...
Katanya, kenderaan dan makanan ditanggung sepenuhnya...
Malah, siapa yang akan ada malam tu pun dirahsiakan, lagilah aku nervous...
Aduhhh...Segan plak aku...
Huhuhu...
Bila tiba waktu yang dijanjikan, aku pun jumpa Afiq di depan Zest Kondo ni...
Oh, aku sekarang tinggal di Zest Kondominium, Puchong...
Sementara tunggu hari konvokesyen aku, aku jadi warden untuk student TPM di sini...
Hehehe...
Ok, sambung cerita...
Rupanya Tok Wan pun ada sekali...
Kami gerak naik kereta Tok Wan p Kg Baru tu...
Kemudian singgah dulu di hostel in-campus kolej untuk ambik Naimah dan Sabrina...
Sepatutnya ada beberapa orang lain lagi, tapi tidak dapat ikut atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan...
Maka, menuju lah kami berlima ke HR Steak House...
Masa di sana, aku dapat kek...
Kek buah peach, Afiq dengan Tok Wan yang bagi...
Hehehe...
Sedap, cuma manis sikit lah...
But still, aku appreciate sangat-sangat...
Makan malam berlangsung dengan happy nya, penuh dengan gelak ketawa, sakat menyakat...
Aku rindukan adik-adik aku ni sebenarnya...
Lama tidak berborak-borak dengan diorang semua...
Sambil-sambil borak, aku kongsi juga a few latest stories pasal aku dan hidup baru aku...
Semakin galak lah budak-budak tu menyakat...
Hahaha...
Asalkan diorang happy, sakat pun sakat lah...
Terima kasih Afiq, Tok Wan, Naimah, dan Sabrina...
Semoga bertambah murah rezeki kalian semua...
Terima kasih juga buat semua keluarga, rakan-rakan, junior-junior, dan sesiapa sahaja yang telah mengucapkan ucapan selamat buat aku di hari lahir ku ni...
Aku sayang dan rindukan semuanya...
Kepada insan yang baru hadir dalam hidupku (my Tan Sri), selamat datang...
Aku harap agar hari-hari ku akan lebih bermakna dengan kehadiranmu...
Sama-sama kita perbaiki diri sendiri, demi menjamin masa depan yang lebih diredhai dan berguna untuk agama, keluarga, dan masyarakat...
Aku menunggu untuk perkembangan jalan cerita kita yang seterusnya...
Semoga perjalanan kita lebih bererti...
Selamat Hari Lahir yang Ke-23, Andi Rosnita Kandi aka Andi Wiwi...!!!
Tua sudah aku...
Huhuhu...