Selasa, Disember 15, 2015

Barakallah Elkie & Juvita


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Dia telah merezkikan aku untuk menghadiri sebuah majlis yang bersejarah dalam hidup dua orang rakan baik zaman sekolah ku... 
Inilah salah satu penyaksian kisah kasih di sekolah yang menjadi nyata... 

Cinta yang terbibit pada tahun 2005, aku masih ingat babak itu... 
Berlatar belakangkan kolam renang Balung River sewaktu Percutian Anak Emas SMK Kunak... 
Cinta mula berputik secara rasminya di tahun 2006 dan perjalanan diteruskan dengan menghadapi pelbagai liku dengan jayanya... 
Cinta mereka terus bercambah dan bercambah dan bercambah... 
Langsung tidak luntur dek peredaran masa... 

Sedangkan aku, sejak 2006 hingga sekarang saja sudah lima kali bertukar nakhoda... 
Hahaha... 
Insya Allah, semoga nakhodaku yang sekarang inilah nakhoda yang terakhir untuk memimpin bahtera hidupku ke jannah, cewahhh! :p 

Back to their wedding stories... 
12/12/2015, Sanah Helwah buat Juvita aka Nur Hamizah Soumin dan Barakallah juga buat Elkie dan Juvita atas penyatuan hati dalam ikatan pernikahan... 
Aku tidak berkesempatan untuk hadir majlis pernikahan itu atas komitmen kerja... 
Tapi Alhamdulillah, aku diberikan kesempatan untuk menghadiri majlis resepsi pada keesokan harinya... 

13/12/2015, Majlis Resepsi Elkie & Juvita yang diadakan di Putera Theater Ballroom, Kota Kinabalu... 
Kunak ke Kota Kinabalu memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam perjalanan melalui darat... 
Banyak kekangan yang aku terpaksa hadapi untuk dapat menghadiri majlis ini... 
Hampir 90% perancangan perjalanan asal berubah pada saat akhir... 
Namun, walau berjuta halangan aku tidak berputus asa... 
Demi dua sahabat yang aku sayangi, aku gagahi juga... 

Tidak boleh bermalam, tidak dibenarkan melalui jalan darat (akibat kes Bas Salam Bumimas menjunam ke dalam gaung), cuti pula sudah berada di hujung tanduk... 
Maka aku guna plan last minute... 
Naik flight balik hari... 
Yupzzz!!! 

Flight Tawau - KK, jam 8.45 pagi... 
Flight KK - Tawau, jam 8.35 malam... 
Penerbangan Tawau - KK mengambil masa lebih kurang 45 minit... 

Kenapa aku sanggup hadir walaupun terpaksa balik hari?
Sebab pasangan ini terlalu special dalam hidupku...
Aku terhutang budi yang saaangat banyak dengan kedua-duanya...
Yang paling meninggalkan kesan, sewaktu tingkatan lima...

Juvita sanggup jual henponnya (hadiah daripada Elkie) semata-mata untuk tolong aku bayar hutang kelas yang berpunca daripada kesilapanku sendiri...
Saat orang lain menyalahkan aku, dia datang menghulurkan henpon untuk dijual...
Katanya, "Fon boleh beli nanti, tapi friendship tiada harga untuk dibeli..."

Elkie pula, dari mula-mula lagi tidak suka aku kapel dengan "si tangki" yang dia istilahkan sorang mamat ni dulu...
Katanya, itu bukan cinta tapi sekadar persinggahan bagi "si tangki" tu...
Tapi aku buta, degil...
Akhirnya, bila kena tinggal Elkie bukan simpati malahan ketawa terbahak-bahak...
Huhuhu...
Daaan bermacam-macam lagi gabungan kedua-duanya yang meninggalkan pelbagai kesan dan warna dalam hidupku...

Ok, kembali kepada cerita wedding...
Sekalung penghargaan kepada Uncle Zai sebab sudi hantar ke airport dan jemput balik sampai terlepas Konsert Final Gegar Vaganza... 
Hehehe... 
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat sahabatku, Sabri Hj. Siji kerana sudi jemput aku di airport KK dan sama-sama ke majlis... 
Terima kasih juga buat Aziemah teman seperjalanan dan semeja... 
Terima kasih kepada semua keluarga kedua mempelai serta rakan-rakan yang lain atas layanan istimewa yang diberikan... 

Jutaan terima kasih kepada sepupuku sayang, Puan Ros Suardi aka Kolu sekeluarga sebab sudi bawa sepupu comelnya ni jalan-jalan di Imago dan Perdana Park dalam masa yang saaangat singkat... 
Thanks juga sebab sudi hantar ke airport untuk penerbangan balik Tawau... 

Apa-apapun, terima kasih terutamanya kepada kedua mempelai... 
Atas jemputan yang diberikan... 
Rasanya, ini kali pertama aku hadiri majlis perkahwinan yang beresepsi penuh style ala-ala english wedding macam tu... 
Hehehe... 
Biasanya datang majlis kahwin melayu bugis saja... 
Yang jenis datang, makan, salam pengantin, bergambar, solok (salam berisi), balik... 
Hahaha... 
It was a great experience for me attending your reception, thanks... 

Last but not least... 
Dear my friends, Elkie & Juvita... 
After 10 years, finally I have a chance to say this... 

Congratulations on your wedding! 
What an honor to be part of your special day and witness the blooming love between two dear friends transcend into a lifetime commitment... 
I pray your unity will always remain strong by letting the chords of love that bind you strengthen over time... 
Many warm wishes on your wedding... 

Menikahi orang yang kita cintai itu adalah satu kemanisan... 
Mencintai orang yang kita nikahi itu adalah satu kewajipan... 

Selamat berlayar, sahabatku... 
Berlayarlah dalam dunia perkahwinan dengan penuh rasa kasih dan sayang... 
Semoga rahmat dan keberkatan daripada Allah sentiasa ada buat rumah tangga kalian berdua... 
Semoga juga segera bagi kami anak buah, banyak-banyak... 
Hehehe... 
Sayang kamu selamanya... 

Barakallahu Lakuma Wabarakah 'Alaikuma Wajama'a Bainakuma Fi Khair...


Gambar Curi! Majlis Pernikahan Elkie & Juvita @ Kota Belud

Red Carpet katanya... Nais, Me, Aziemah & Sabri

Bunga Semeja... Fizah, Aziemah & Me

Best Friend + Enemy in Study + Ex-Cucu Sedara + Bakal Anak Sedara

Aziemah, Me & Indo Nanna Cerikki

Kami semeja... Ms Lee sudah jadi Mrs Lee with 2 + 1 kids, husband pun sporting


Indo Nanna, Me & Aziemah

Sebelum balik... With Groom's Parents... Bekas Cikgu kami juga dulu... Cikgu Engku & Cikgu Lai Ket Ching

With Baby Uzma Humairah... Anak bongsu (so far) Kak Ros & Abg Zai... Hehehe...


p/s: tiada gambar dengan mempelai...ada pun di kamera orang lain...al maklumlah, henpon murah...tunggulah kalau ada yang share baru share di sini...