Isnin, November 30, 2015

Berhujung Minggu Bersama Tersayang - Bukit Tengkorak Semporna


15hb November 2015...
Aku, En. Yusari, Uncle Zai dan Izan meluangkan masa hujung minggu dengan menikmati keindahan alam semulajadi dan sejarah di Semporna...
Pendakian Bukit Tengkorak amatlah menguji aku yang kian membulat ini...
Huhuhu...

Kebelakangan ini simptom-simptom Mr. Vertigo mahu kembali semakin rancak...
Justeru, atas nasihat My Tan Sri dan my kembar-lain-mak-lain-bapak, aku gigihlah juga panjat Bukit Tengkorak setinggi 500 kaki tu menggantikan Bukit Broga...
Sebab seingat aku dan Cik Tika Md Jani, lepas aku naik Bukit Broga masa serangan vertigo a few years ago, kesihatanku semakin beransur baik...
Alhamdulillah, lepas naik Bukit Tengkorak aku dapat rasa kesan yang sama masa lepas naik Broga dulu...
Pening-pening, pandangan berpinar dan urat leher tegang tu, berkurangan sudah...

Thanks Uncle Zai yang sudi drive dan temankan buat fitness sama-sama...
Thank Izan sebab bagi Auntie Wiwi motivasi dengan cara "baru sampai sini, sudah setengah mati? ndak fit langsung lah Auntie Wie..."
And I was like, "hamboiii budak ni, mencabar nampak!" 
Hahaha...
Thanks jugak En. Yusari, My Tan Sri sebab sudi support dari segala segi...
Sikap ambil berat dan sayang itulah yang melembutkan kedegilanku ini...
Sebab kalau ikutkan hati, memang tidur saja yang aku fikir untuk hilangkan sakit tu...
Hehehe...

Well, thanks everyone!
Thanks Allah for the great scenery and memorable knowledge with experience...
Insya Allah, will come back here soon...
Maybe will bring our little ahli-keluarga-baru...
Who knows, Insya Allah... :)






















**************************************************************



SEJARAH BUKIT TENGKORAK, 3000 TAHUN
(Sumber: www.heritage.gov.my)

Merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer persegi. Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara hasil dari peyelidikan arkeologi yang menunjukkan Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.

Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak. Sumber tanah liat bagi pembuatan tembikar tersebut juga turut ditemui. Kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3000 tahun dahulu.

Tapak pembuatan tembikar ini mempunyai hubungan antara masyarakat tempatan dengan pedagang-pedagang dari sekitar bahagian laut Andaman. Bukit Tengkorak memberi bukti perdagangan laut prasejarah dan pergerakan manusia yang terpanjang di dunia pada 3,000 tahun dahulu.




Tiada ulasan: