Ahad, Julai 19, 2015

Hari Raya, Hari Makan Dalam...


Assalamualaikum...
Salam Aidil Fitri, Selamat Hari Raya kepada semua...
Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nafas kepada aku untuk terus dapat merasai nikmat Ramadhan dan Aidil Fitri...

Syukur juga kerana tahun ini dan tahun lalu aku beraya bersama keluarga...
Tidak seperti tahun-tahun sebelum di mana aku terpaksa beraya di KL sewaktu bergelar pelajar...
Raya bagi seorang anak bongsu dan perempuan sangat-sangat typical...
Tambahan pula masih bujang...
Dari malam takbir hingga Raya Ketiga, pinggan mangkuk dan air jadi peneman di dapur...
Tetamu tidak putus-putus, begitu juga pinggan-pinggan yang perlu dicuci segera...
Hal ehwal pinggan mangkuk tu tidak menjadi hal...
Sudah jadi rutin, aku redha...

Tapi episod yang paling aku tidak gemar dalam banyak-banyak scene rayaku...
Episod mulut tetamu (tidak kira keluarga mahupun rakan keluarga) yang terlalu ringan cakap aku gemok!!!
Dalam dunia ni, punyalah banyak dialog best masa berjumpa, dialog cakap aku ni gemok jugak yang kamu pilih...
Kalau sorang dua tidak jadi hal, tapi ni macam berjanji...
70% daripada tetamu (keluarga/kenalan keluarga) yang datang tegur benda yang sama...

Paling typical, dialog-dialog ni...
"Aih, ingatkan puasa makin kurus. Tapi ni makin gemuk plak aku tengok."
"Ya Allah, dua kali ganda saiz mu daripada saiz ku..."
"Ni mesti kau sahur berabis, berbuka pun sampai tidur baru behenti kan?"
"Sama sudah kau dengan Adibah Nor aku tengok."
"Sikit lagi pintu ni tidak muat oleh kau."

Daaannn banyak lagi dialog-dialog best diorang yang berkaitan dengan saiz ku...
Aku hanya mampu tersenyum atau sekadar jawab, "Alhamdulillah, sehat kan..."

Sudah 25 tahun umurku...
Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan dan umur yang panjang...
Setahu dan seingat aku juga, 25 tahun ni jugalah aku beraya dengan saiz begini...!!!
Saiz XL, XXL, XXXL...!!!
Masa kecik memang saiz S atau M tapi banding dengan rakan seusia waktu itu, still aku XL...
Setiap tahun dengan saiz yang sama, setiap tahun jugalah aku terima ayat yang sama...

Untuk makluman semua...
Aku bukan tidak mahu kurus, bukan tidak berusaha untuk kurus...
Aku sudah berusaha dan cuba, A LOT...!!!
Sangat-sangat berusaha...
Ubat bermacam jenis aku telan...
Jenis pil, jus, shake, sapu semua aku sudah guna...
Beribu juga duit habis ke arah untuk kurus ni...
Aku bersukan sampai peringkat negeri, aku belajar fitness, aku masuk gym...
Tapi aku tetap begini...

Aku kawal pemakan...
Tapi apa yang aku dapat? Gastrik!
Aku makan pelbagai ubat yang mak belikan...
Tapi apa yang aku dapat? Vertigo!
Metabolisme dan faktor genetik keturunan buat aku begini...!!!
Tolonglah FAHAM...!!!
Kamu cakap, "kurus-kuruslah sikit wi..."
Cakap memang senang! Sangat senang!
Tapi bukannya cakap hari ni, esok *pooofff* terus kurus...
Seksa ooo...

Hanya kerana mahu sedapkan pandangan orang...
Aku terlalu banyak berkorban dan menyiksa diri sendiri...
Aku berlaku zalim pada anugerah yang Allah berikan...
Seolah-olah aku tidak bersyukur seadanya pada diri yang Allah sudah jadikan ni...

Sebabkan terlalu fikir cakap-cakap orang...
Sampai satu tahap aku jadi stress, depress...
Bila depression mood tu sudah datang, makan minggu juga untuk aku dapat keluar dari mood tu...


Puasa is not about you must get slim/thin...
It should make us become more fat...
Fat with Pahala and Ibadah...
Tidak semestinya puasa MESTI KURUS...!!!
Ramai manusia yang bernasib kurang baik (bagi kamu) yang dianugerahkan metabolisme yang lebih rendah daripada manusia lain...
Salah satunya, aku...
Bermacam cara dan tips sudah aku cuba...
Ada yang mungkin berjaya tapi diri sendiri yang terseksa...

Tolonglah, aku merayu...
Hentikan menyiksa aku dengan membuat aku makan dalam...
Raya seharusnya kita saling memohon maaf dan memberi kemaafan...
Bukannya saling kutuk mengutuk dan hina menghina orang lain...

Aku gemuk bukan kerana kemahuan sendiri...
Tapi kerana Allah yang sudah menjadikan aku sebegini...
Menghina aku sama seperti kalian menghina ciptaan Allah...
Na'uzubillahi Min Zalik...


Bila aku diejek gemuk, disindir menghalang jalan...
Bibirku memang masih tabah untuk mengukir senyuman...
Tapi dalam hati, meraung kesakitan yang teramat pedih...
Ketahuilah bahawa, setiap malam aku akan menangis sewaktu kegemukan ku menjadi bahan tertawa orang di siang hari...
Jika kegemukan ku menjadikan kalian sakit mata dan ringan mulut untuk mencerca...
Aku minta maaf, sampai masa aku juga akan kembali kepada-Nya...
Mungkin itu akan menyenangkan mata dan hati kalian...




Tiada ulasan: