Selasa, September 02, 2014

Hari Sukan Merdeka Ladang Mostyn 2014


Assalamualaikum...
31hb Ogos 2014, Salam Kemerdekaan Ke-57 buat Malaysia...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...

Pada 31hb Ogos 2014 juga telah berlangsungnya Hari Sukan Merdeka, Ladang Mostyn 2014...
Yang merupakan come back semula acara sukan di ladang ini...
Penganjurannya terpaksa dihentikan sementara sebelum ini untuk 2-3 tahun kerana masih terkesan dengan sebuah tragedi yang tidak diingini telah berlaku...
Namun alhamdulillah, pada tahun ini Hari Sukan dapat dianjurkan semula bagi memenuhi permintaan ramai...

Banyak warna-warni indah yang ingin dikongsikan...
Namun tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan diceritakan seluruhnya...
Biarlah hanya gambar yang berbicara...

Apa-apapun terima kasih kepada Tuan Mohd Yusri (Senior Manager) Ladang Mostyn...
Atas kesudian meluluskan penganjuran Hari Sukan Merdeka tahun ini...
Sekaligus menjadi tunjang untuk menjayakan program ini...


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Eksekutif, Staff, dan seluruh warga kerja Ladang Mostyn atas kerjasama yang diberikan serta semangat yang ditunjukkan sepanjang program ini diadakan...
Daripada sebelum, semasa dan selepas...
Team Jamilah + Poco-Poco yang latihan setiap malam pun tidak dilupakan...
Semuanya Terbaikkk!!!

Insya Allah, segala kekurangan akan kita perbaiki sama-sama pada penganjuran yang akan datang...
Yang pasti, aku masih mau in-charge Bola Tampar lagi nanti...!!!
Hehehe...































































p/s: tengok balik gambar dan video, tough gilaaa aku! hahaha...