Isnin, Mac 10, 2014

MH370, Please Come Home...


Credit to Mytv Youth TV and Oh! Media

Terjemahan: 
"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.

Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."


"They Love You, We Love You..." 
Berjurai air mataku masa ayat terakhir tu...

Ya Allah, kami semua tahu ini tanda-tanda kebesaran-Mu. Jika ia masih di langit, turunkanlah ia. Jika ia masih di lautan, timbulkanlah ia. Jika ia di darat, bukakanlah mata kami untuk melihatnya. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Berkuasa di atas muka bumi ini...
Bantulah kami Yaa Allah...


Tiada ulasan: