Rabu, Oktober 31, 2012

Sayang Semudah ABC 123



Sayang???
Apa itu yang dimaksudkan dengan sayang???
Sayang "kerana budi aku jatuh hati", sayang kerana "selama ini kau ceriakan hari-hariku dan aku tidak biasa hidup tanpa dirimu" atau sayang kerana "kau telah melengkapi hidupku, kau jualah tulang rusuk kiriku maka itulah kau begitu bermakna dalam hatiku"...
Salah satu sebab boleh jadi, mungkin juga semua???
Hmmm...

Pagi tadi waktu sarapan sekali lagi dan lagi dan lagi...
Tidak tahu untuk kali ke berapa aku ulang tonton cerita How I Met Your Mother episod Definitions...
Bak kata Lily Aldrin, "Define the Relationship!" pada Barney dan Robin...
Tapi ya, they really hate the talk...
Jika hanya dibiarkan, relationship tu memang tidak akan ada definition nya sampai bila-bila...
Tapi saat jujur yang "they actually didn't know that they weren't lying" tulah yang sebetul-betul jujur tentang maksud sayang antara Barney dan Robin...
They don't say it, but they really mean it...
Barney always don't has the gut to say what he felt...
But he shows it, even he keep denying it...
Sayang tidak perlu sentiasa diucapkan, tetapi perlu ditunjukkan...
Biar maksud dalam hati itu sampai...
Sebab sayang memang sangat sukar untuk didefinasikan...


Sayang yang semudah ABC 123, mudah diungkapkan...
Mudah juga untuk berubah haluan...
Kerana kurangnya usaha untuk mengekalkan atau memantapkan sayang itu...
Bergantung sepenuhnya hanya pada confession yang telah dibuat...
Tiada usaha memfizikalkan sayang itu dalam bentuk perbuatan...
Jika ia tidak dipertahankan, cukuplah hanya untuk seminggu dua...
Maka pastinya sayang itu tidak lagi bermakna...
Lalu menjadi...
Ungkapan sayang pada orang lain, tetapi hati pada orang lain...
Yang menjurus semula kepada cerita Estima dan Alza (baca sini)...
Itulah Sayang Semudah ABC 123...

Lebih kurang setahun lalu...
Aku juga pernah buat pada seseorang...
Sayang ABC 123 tu...
Menyayangi seseorang hanya sekadar kerana membalas sayang yang dia berikan...
Tapi tidak menghargai sepenuhnya, kerana hati ini pada orang lain...
Hmmm...
Baru sekarang aku faham sakitnya...
Maaf... :'(

Jika menyayangi seseorang, sayangi lah sepenuhnya...
Sayangi dia yang menyayangi kita...
Kerana bukan semua orang mahu menyayangi kita seadanya...
Bukan semua orang mahu terima baik buruk kita seluruhnya...
Hanya satu dalam seribu...
Sayang...Janganlah menjadi hanya semudah ABC 123...




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bgaimna jika balasan kasih yg dberikan stulus hati,kerna dia bjaya mbuat kta melupakan si 'dia' yg prnah mhantui dri, krna dia bjaya mgmbalikan semangat hdup kmbali ke dlm dri,mberikan hrpan2 indah d msa depan, pjukan tika bsedih, nmun akhirnya tetap pergi meninggalkn kta sdrian..tlalu sakit bila hati yg tlh tluka utk pcya pd hrpan, kmbali dlukakn shngga kta tkut utk pcya pd cnta lg..adakala bsdrian lbh baik..

Andi Rosnita Kandi berkata...

Percaya pada jodoh, yakin pada takdir...Semuanya telah ditentukan...Cuma kita perlu menjalani kehidupan dan cabaran dengan sabar dan mengambil iktibar sebagai pengajaran...Sama ada mengambil secara baik, atau mahu menyalahkan semua pihak...Segalanya terpulang pada kita...Bersendirian memang lebih elok, tapi sepi bersendiri terasa sangat pahit jika mahu dibandingkan dengan menjalani liku-liku bersama pasangan...People come and go in our life...Just appreciate them, then we will learn how to live well, a lot...Hehehe...Just a few cents from me...Thanks sebab sudi singgah! :)