Isnin, Julai 09, 2012

Sports Carnival 2012, Mereka Sudah Mampu Berjalan Tanpa Aku


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik...
Sports Carnival 2012 TPMC yang berlangsung pada 7hb hingga 8hb Julai 2012 telah membuktikan bahawa mereka (SRC baru) mampu untuk berdiri sendiri dalam menjayakan satu2 event tanpa bergantung harapan pada aku mahupun mana2 "tenaga professional" lagi...
Satu improvement yang begitu mendadak ditunjukkan oleh mereka dalam menyahut cabaran yang diberikan walaupun dengan pelbagai konflik yang melanda...
Namun, syukur lah aku tumpang gembira atas kejayaan dan usaha keras mereka semua...

Aku hanya datang turun padang untuk berikan pertolongan apabila keadaan sudah hampir takat lemas atas dasar kasih sayang pada mereka, bukan terpaksa atau dipujuk rayu...
Aku membantu dari segi penyusunan semua jadual2 perlawanan, susunan semula tentatif penuh, penyediaan borang2 pemarkahan, serta briefing penuh pengadil/juri dan juga briefing overall flow of the event (pada malam sebelum event)...



Pejuang2 rumah MERAH
Angah, ketua rumah MERAH

 Manakala pada hari kejadian, aku bertindak sebagai juri pertandingan catur, pengadil pertama untuk perlawanan bola tampar lelaki, serta incharge medical part...
Cabaran paling berat apabila aku yang jaga catur (indoor game) terpaksa bergegas keluar ke venue netball (outdoor game) berulang kali apabila ada player netball yang cedera...
Dua tanggungjawab pada masa yang sama dalam tempat yang berbeza...
So kenalah lari2 sedikit, penat lah jugak...
Hehehe...











Hari kedua pula menyaksikan aku bertanggungjawab penuh untuk menjaga medical untuk sebarang kecederaan melibatkan peserta2 untuk acara marathon serta membantu untuk menjaga pelepasan peserta...
(Oh ya, aku rumah MERAH aka ALPHA...!!! Hehehe...)
Sewaktu jaga medical, ramai jugak lah patients yang aku dapat dan mostly masalah di bahagian kaki, especially cramp dan ankle sprain...
Walau bagaimanapun, aku hanya dapat membantu sampai tengah hari sahaja atas beberapa urusan lain yang perlu aku selesaikan pada sebelah petang...

Ikhwan, ketua Rumah BIRU aka SIGMA



Angah, ketua rumah MERAH aka ALPHA


Faiz Tahir, ketua Rumah HIJAU aka GAMMA

Ketua2 Rumah Sukan (kecuali kuning tu, alip)...Emy ketua kuning, hilang dari radar











Pakcik Guard yang menjadi pegawai pelepas bagi acara marathon




Aku dengan alip yang menjaga garis pelepasan
Pesakit2 terawal (Shen dan Aizat)...Dua2 org kuat ragbi plak tu...huhuhu...
Pemenang pertama marathon, Hilal...MERAH!
Ketua rumah biru kecundang sebelum garisan penamat


Angah, ketua rumah merah tempat kedua! Maruah merah tetap menguasai tempat teratas!


Farhan, menyumbang mata buat rumah biru...






Pemenang marathon wanita, MERAH lagi...!!!


Antara para AJK bertugas...terima kasih atas komitmen anda semua!

TAHNIAH diucapkan kepada rumah MERAH aka ALPHA kerana telah menjadi juara keseluruhan untuk Sports Carnival kali ini yang bertemakan "Back To School Time" kerana berkonsepkan ala2 rumah sukan zaman2 sekolah dahulu...
Sejuta penghargaan buat Ketua Rumah Merah iaitu Angah (Ahmad Izwan Mohd Kamal) serta ahli2 rumah atas semangat yang sangat2 tinggi demi memastikan kejuaraan milik rumah Merah!
Tidak ketinggalan juga kepada Ketua Rumah Hijau (Faiz Tahir), Ketua Rumah Biru (Ikhwan Ikram) dan Ketua Rumah Kuning (Emyrul Fitri) dan semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan acara Sports Carnival 2012 TPM College ini...

Namun, jutaan pujian dan tahniah yang tidak ternilai buat AJK Pelaksana yang tidak henti2 untuk berkomitmen dari awal hingga akhir program...
Tanpa mengenal erti putus asa, walaupun dengan pelbagai halangan mereka tetap meneruskan perjuangan untuk menganjurkan program ini hingga ke akhirnya...
Tahniah buat Azwan (tok wan), Iqram, Naimah, Ridzuwan (wan via), Amir, Suriani, Sabrina, Najwa, Alif, Farhana, Syahir, Afiq, Syafiq, Faiz, Naim, Ikhwan, Puva, serta semua AJK sokongan dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan program Sports Carnival ini...
Sokongan padu yang diberikan oleh Puan Yanti (penaung), Ust Hiswadi (penasihat 1) dan Cik Ernie (penasihat 2), para anggota keselamatan TPM, staff2 TPM dan TPMC, juga harus diberikan pujian...
Tanpa anda semua, program ini tidak akan berjalan seperti yang dirancangkan malahan hanya akan tinggal angan2 dan cakap2 kosong sahaja...

Teruskan momentum yang terbaik ini, aku yakin SRC baru mampu buat yang lebih baik daripada ini, hanya dengan syarat semua pihak bekerjasama dan tiada sentimen berkepentingan peribadi semata-mata...
Apa2pun, terima kasih kerana masih menjadikan sukan sebagai salah satu agen penyatu pelajar2 dalam kolej ini, yang mana sebelum ini merupakan pendirian aku dan Zai (Clubs Societies and Events Division) bersama SRC dan President Council era kami dahulu...
Tahniah, tahniah dan tahniah buat semua pihak!!!
"Majulah sukan untuk negara! Sukan menyatukan bangsa!"

p/s: aku semakin rindukan team Earth Hour 2010, Sports Carnival 2010, E-Day Carnival 2011, Ihya' Sunnah 2011, dan semua orang2 yang aku pernah bekerjasama dalam menjayakan apa sahaja event yang pernah aku terlibat... 



Tiada ulasan: