Khamis, April 19, 2012

Minggu Ketamadunan Islam Dan Dunia


 Tamadun dari sudut Islam: "Meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun."

Minggu Ketamadunan Islam Dan Dunia (2-7 April 2012)...
Sebuah lagi program anjuran Persatuan Belia Muslim TPM College...
Sebelum ini, setahun lalu Program Ihya' Sunnah telah diketuai oleh Zaidulkhair selaku Amir PBM dimana aku merupakan salah seorang AJK nya...
Namun kali ini, MKI menyaksikan kreadibiliti Abdullah (Dullang) pula sebagai Amir PBM dan peneraju utama bagi MKI bersama barisan jentera yang serba baru...
Manakala aku dan Aqie berdiri di belakang tabir untuk menyokong Abdullah bagi menahan dia daripada terjatuh...

Tapi, tugas sebenar aku ialah sebagai orang yang bertanggungjawab membuat soalan dan juga menjadi juri bagi kuiz harian, kuiz emas, dan pertandingan kuiz mega sepanjang minggu program ini...
Manakala Aqie merupakan orang kuat di sebalik gimik "kostum orang2 tamadun" semasa majlis perasmian dan juga juri bagi pertandingan "Treasure of Iman"...
Apa2pun, Alhamdulillah aku ucapkan kerana semuanya berjalan lancar dan berakhir dengan pujian daripada ramai pihak...
Tahniah buat Abdullah, tahniah buat jentera MKI, dan tahniah buat semua yang sama2 menjayakan program MKI ini...


























Tiada ulasan: