Jumaat, Oktober 01, 2010

Kadang2 Filem Hindustan Lebih Drpd Sekadar Hiburan

Movie Hindustan Skrg Smakin Best Plak...

Abaikan Yg Cintan Cintun...

Tapi Yg Melibatkan Sistem Pndidikan...

Stelah Lama Aku Tdk Ambik Tau Psl Movie Hindustan...

Aku D Gegarkan Dgn Movie "3 Idiots"...

Dan Baru Tadi Aku Terpana Lagi Dgn Satu Movie Yg Sgt Indah Ttg Kanak2 "Taare Zameen Par"...

What A Nice Movie...

Congrats To Amir Khan As The Main Character, Also The Producer & Director...


Berikut Sinopsis Taare Zameen Par Yg Aku Copy Dari Web Lain...Enjoy...!!!~


Kisah ini bermula dengan kehidupan seorang budak yang berumur 8 tahun. Ishaan Awasthy, hidup di dalam dunianya sendiri, binatang peliharaan, ikan, lumpur, dan layang-layang merupakan perkara-perkara yang menarik dalam hidupnya.

Ishaan kelihatan tidak memberi tumpuan dalam pengajiannya di sekolah, seolah-olah mengecewakan guru-guru di sekolah serta ibu bapanya sendiri, menghabiskan sebahagian besar waktu di sekolahnya dengan melihat keluar jendela, atau berdiri di luar kelas (denda). Ayahnya menyangka dia malas dan gurunya berfikir dia bodoh. Walaupun abang dan ibunya amat menyayanginya, namun kebimbangan itu masih tidak dapat dilenyapkan. Anak lelaki yang sering dihukum baik di sekolah mahupun di rumah, melarikan diri dari semua tekanan ini demi menjadikan imajinasinya hidup selama-lamanya.

Akhirnya, ayahnya yang tegas itu telah memutuskan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama, jauh dari keluarga. Untuk mendisiplinkannya dan sekaligus menghukumnya atas sikapnya yang seolah-olah malas belajar. Ishaan terlalu sedih dan takut serta merayu pada ayah dan ibunya. Perpisahan ini terlalu sukar baginya. Namun, tiada siapa dapat menghalang keputusan ini dan Ishaan ditinggalkan di sekolah berasrama dalam keadaan sedih dan sendirian.

Keadaan tidak berubah sama sekali. Ishaan tetap dipukul, diejek dan dihukum akibat tidak tahu menulis, membaca dan gagal dalam peperiksaannya. Rakannya yang paling awal datang ke sekolah, amat memahaminya namun tidak tahu apa yang boleh dibantu. Lama-kelamaan, anak ini tertekan dengan keadaan itu dan menjadi seorang yang sangat pendiam dan bermasalah.

TaareZameenPar

Suatu hari, datang seorang guru ganti, Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan, guru yang bersahaja). Beliau sangat mengagumi kanak-kanak dan melayani kanak-kanak sebagai kanak-kanak serta kurang mempercayai kaedah pendidikan konvensional. Namun Ishaan langsung tidak tertarik dengan gayanya dan terus melayani dunia tekanannya itu. Akhirnya Nukumbh, guru seni ementara ini simpati dan terlalu sedih dengan Ishaan. Beliau mula mengkaji permasalahan Ishaan dengan meneliti buku-buku Ishaan dan seterusnya menziarahi keluarga Ishaan.

Akhirnya, Nikumbh mendapati anak ini mengalami disleksia. Dan menyangkal semua tuduhan kepada Ishaan hasil kajian dan penemuannya. Beliau meminta agar pengetua sekolah membenarkannya menjadikan Ishaan sebagai murid jagaannya dan berhasrat mengubah keadaan Ishaan.

Kisah ini terlalu mendalam ertinya bagi pendidik dan juga ibu bapa. Kita percaya setiap anak itu punya kelebihannya tersendiri, namun itu hanya kata-kata yang sukar untuk dilaksanakan. Seringkali kita terikat dengan penilaian guru-guru dan penilaian maysrakat yang tidak mengerti dan memahami anak kita.

Moga pengajarannya akan mengubah persepsi para pendidik terutama ibu bapa.

Tiada ulasan: