Khamis, Ogos 07, 2008

TIPS BELAJAR (AMALAN SISWAZAH AL-AZHAR)

Berikut saya sediakan buat tatapan dan panduan anda semua terutamanya yang bergelar pelajar, khusus bagi pelajar-pelajar PMR, SPM, STPM, dan juga pelajar IPTA/IPTS. Difahamkan, jika tips ini diamalkan, Insya Allah semuanya akan berjalan seperti yang diinginkan.

Tips ini diperolehi daripada Pensyarah Pengajian Islam (LAN1004) saya di Technology Park Malaysia, beliau ialah Ustaz Mohd. Norizan. Beliau merupakan salah seorang siswazah lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir. Tips ini merupakan amalan beliau dan rakan-rakan di Al-Azhar dan ia diberikan oleh beliau kepada kami, pelajar-pelajar LAN1004, TPM sesi Julai 2008. Jutaan terima kasih diucapkan buat Ust. Norizan.

Menurut beliau:

Waktu yang paling sesuai untuk belajar ialah pada waktu malam iaitu selepas tgh malam sekitar pukul 1.00 pagi. Waktu ini keadaan sunyi sepi dan kedinginannya menyegarkan minda. Namun begitu, kita hendaklah tidur terlebih dahulu selepas solat Isyak agar tidak mengantuk dan kepenatan pada keesokan hari.

Jika bangun pada pukul 1.00 pagi begitu, tetapi mata masih mengantuk dan masih dalam lena, untuk menghilangkannya, tutup mata dan tekan dengan menggunakan ibu jari secara songsang. Maksudnya, ibu jari kanan tekan mata kiri, ibu jari kiri pula tekan mata kanan. Sambil tekan, baca selawat ke atas Rasulullah SAW sehingga terasa pedih pada mata. Insya Allah, mengantuk itu akan hilang dan pergilah ambik air wudhu' sebelum belajar agar syaitan kurang mengganggu. Biasanya suasana yang sejuk, bolehlah dihilangkan dengan merendam kaki di dalam besen yang berisi air suam ketika duduk belajar.

Sesi belajar disarankan sehingga sejam sebelum waktu subuh untuk berehat sebentar sebelum solat subuh. namun begitu, sebelum berehat amatlah elok jika kita membuat Solat Hajat agar apa yang kita pelajari dapat lekat dalam ingatan dan hati serta berkekalan untuk kegunaan di saat diperlukan.

Selepas solat Subuh tidak digalakkan tidur semula kerana pada waktu tersebut, merupakan waktu turunnya (pembahagian) rezeki. Menjadi satu keuntungan bagi sesiapa yang mengambil peluang untuk menyambut rezeki yang diturunkan Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Sebelum melangkah ke sekolah, mengambil air wudhu terlebih dahulu membolehkan kita menerima pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan hati sentiasa berada dalam ketenangan. Salam itu, jangan lupa meminta restu kedua ibu bapa sebelum melangkah tinggalkan rumah. bagi yang berjauhan dari kelurga, cukup dengan mengingati mereka dalam hati dan bayangan wajah-wajah mereka yang penuh dengan harapan kepada kita.

Waktu yang paling tidak sesuai untuk belajar ialah pada waktu petang iaitu selepas waktu Asar. Waktu tersebut juga tidak elok untuk tidur kerana ia boleh melembabkan otak. Hal ini kerana waktu tersebut dikhaskan sesuai untuk mencergaskan otak. Kita hendaklah memanjakan tubuh badan kita dengan aktiviti sukan, rekreasi, mahupun riadah. hal ini bersangkut paut untuk kebaikan otak kerana "AL AKLUS SALIM, FIL JISMUS SALIM.." Akal yang cerdas lahir daripada tubuh yang cergas.

Setelah hampir waktu maghrib, kita hendaklah membersihkan diri dan menyegarkan badan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib. Semasa menunggu masuk waktu Isyak, disunatkan membaca Al-Quran ataupun berzikir kepada Allah. Selesai solat Isyak, samada mahu berehat dengan menonton televisyen dan lain-lain ataupun terus tidur kerana kepenatan selepas bersukan. Sesudah itu, barulah habit seperti mula-mula diteruskan.

Jika cara kehidupan seperti ini diamalkan, Insya Allah tiada yang mustahil.

Masa saya berada dalam Tingkatan 5, saya diberi sebuah fakta yang menyatakan bahawa tidak tidur malam mampu mengubah keadaan biologi seseorang seperti peredaran darah bertukar haluan dan sebagainya (kononnya lah) serta memendekkan umur. Namun semua itu hanyalah fakta hasil kajian, ajal dan maut di tangan Allah. Kita berjaga malam kerana menunaikan tuntutan Allah iaitu mencari ilmu dan mendalami ilmu di muka bumi Allah. Sama maksudnya dengan kita berjaga malam kerana Allah. Oleh itu, tidak akan pernah sesekali Allah menzalimi hambaNya yang melakukan sesuatu demi Allah. Asalkan niat kita suci dan bertujuan baik kerana Allah, Insya Allah semuanya akan baik-baik saja.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahha bior btul ko ni!!!!
nti2 la sy suru bdq2 wat ek....heheheh coz urang d area ko ni mcm kelwar sume ny... x pyah gne sume 2 pn le jga mlm... hehehehe msssalah btul!!

jejaka half-macho berkata...

cceeeeewaaahhhh...
uztazah le.....
nak autograf...
hehehehehe....
memang bekesAN tips2 awk nie eh...
ustaz sy pun ade pesan cam tue gak...
serupe gilerr...
pakat ngan ustaz kite eh?
tp tak sangke awk leh mnzahirkan tips2 tue...
gud werk!!
awk comel r...
kimslm erk..
sy sokong niat awk nie...
200%..

indonesia raya berkata...

anda semua harus melawat blog cik andi kerana ia akan membantu sistem penghadaman anda...
sila ya!!!!
ngomong-ngomong dr indon

Norsyamsina Hadini berkata...

terima kasih atas perkongsian. :)) Jazakallah Khairan khatira..

Maz Lullaby berkata...

terima kasih ustazah 😄

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana memberi sedikit sebanyak info dan tips utk pelajar seperti saya, moga-2 dgn apa yg diberi ini akn saya pratikkan, insya Allah ������

Masitah Bahairudin berkata...

Assalamualaikum, saya Ada satu soalan.Adakah kita boleh tidur selpas kita belajar selpas melakukan solat tahajjud sambil menunggu waktu subuh?

Andi Rosnita Kandi berkata...

Waalaikumsalam, Cik Masitah...

Boleh, dibenarkan untuk tidur tapi seeloknya untuk elakkan mengantuk, mandi sebelum subuh lagi baik...

Yg tidak digalakkan ialah tidur selepas subuh, selepas asar dan selepas maghrib...

Semoga bermanfaat... :)

Tanpa Nama berkata...

Hmmmmmmm
If Allah will...we will